PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Selasa, Oktober 28, 2008

Melaka dan Kuala Lumpur

Tahun ini adalah tahun paling best kerana kami dapat mengikuti lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Pada petang itu kami bertolak dari rumah ke stesen kereta api yang akan berlepas pada pukul 6.30 petang. Sebelum menaiki keretapi, Cikgu Zabariah memberi taklimat kepada semua murid. Kami bersalam-salaman dengan ibubapa sebelum menaiki kereta api.

Semasa berada didalam kereta api, kami dapat melihat pemandangan sawah padi yang indah dan cantik apabila disinari cahaya matahari yang terbenam. Pada malam itu kami sembahyang jamak bersama guru. Keadaan di dalam kereta api itu sungguh sejuk dan riuh rendah sekali. Dan pada malam itu jugalah ada murid-murid termasuk kami yang pening dan mabuk darat. Kami semua tidur pada 11.00 malam. Pada pukul 2.00 pagi kami dan beberapa orang murid bangun kerana tidak dapat tidur. Pada masa itulah PK KO mengambil gambar sambil mengucapkan selamat pagi.

Akhirnya rombongan lawatan tiba di Tampin, Negeri Sembilan. Dari situ, peserta lawatan menaiki bas ‘Camerons Lines’, ketua kami semasa menaiki bas ialah Abang Mukhsin. Destinasi kami adalah sebuah masjid untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami bersarapan di sebuah restoran setelah melintasi sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka.

Kemudian, bas kami menuju ke Muzium Samudera di mana para pelajar berpeluang melihat sendiri replika kapal yang digunakan semasa penjajahan Portugis. Selepas itu, peserta lawatan dibawa oleh pemandu pelancong ke Kota’Famosa yang terletak di kaki bukit ST. Paul menggunakan tangga yang disediakan sebagai satu aktiviti rekreasi. Selepas menikmati kudapan, peserta lawatan menaiki Menara Taming Sari yang mempunyai ketinggian 110meter. Ramai pelajar yang gayat apabila berada pada ketinggian 110 meter. Kami dapat melihat pemandangan cantik apabila berada puncak menara Taming Sari itu.

Kira-kira pada pukul 3:15, petang Zoo Melaka menjadi tempat kunjungan kami seterusnya. Kami menunggu Abang Mukhsin membeli tiket untuk memasuki kawasan Zoo Melaka. Disini, pelajar dapat melihat pelbagai binatang seperti gajah, harimau, singa, monyet dan lain-lain lagi. Kami juga dapat menaiki kereta khas yang ada didalam zoo tersebut. Pada pukul 4.15 petang, bas rombongan menuju ke surau berdekatan dan kami menunaikan solat di situ.

Pada pukul 6.15 petang rombongan lawatan bertolak ke Putrajaya. Di sini, peserta lawatan dapat menikmati keindahan Putrajaya yang dicucuri dengan sinar cahaya lampu beranika warna. Bas berhenti seketika untuk berehat. Beberapa minit kemudian, perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan lagi. Akhirnya destinasi yang dituju sampai pada pukul 10.00 malam. Bas berhenti di sebuah restoran untuk makan malam dan seterusnya ke Hotel Mexico bagi tujuan penginapan.

Pada keesokan harinya, selepas sarapan, peserta lawatan dibimbing oleh pemandu pelancong menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) menuju ke Suria KLCC. Beberapa detik kemudian, rombongan lawatan dibawa ke Menara Kuala Lumpur yang mempunyai ketinggian 423 meter yang merupakan menara keempat tertinggi di dunia. Peserta lawatan berpeluang melihat keindahan Kuala Lumpur dari atas. Pada pukul 11.45 pagi, rombongan kembali ke hotel untuk mengambil dan mengemas barang masing-masing, Selepas menikmati kudapan, rombongan lawatan berkunjung ke Tugu Negara. Ada diantara peserta patriotik menitiskan air mata terkenangkan nasib parajurit yang gugur di medan perang.

Kira-kira pada pukul 2.30 petang, rombongan lawatan menuju ke Planeterium Negara. Pelajar dapat menonton teater angkasa yang agak menarik setelah melawat dan melihat pameran-pameran di dalam Planeterium tersebut. Pasar Seni iaitu sebuah kompleks membeli-belah menjadi tempat kunjungan kami yang terakhir. Untuk perjalanan pulang, rombongan lawatan menuju ke Kuala Lumpur Sentral. Peserta juga menunaikan solat di sana sementara para peserta bertolak pulang. Pada keesokan harinya rombongan lawatan selamat tiba di Setesen Kereta api Tumpat dan di jemput oleh ibu bapa masing-masing.

catatan oleh : aunie afifah, nor farhan & bazli

Sabtu, Oktober 25, 2008

Merentas Desa dan Sukaneka

Peserta merentas desa bagi pelajar tahap 2.

Memang la dah lama berlatih dan dah gitu bersemangat. Tapi nak buat macam mana, hari pertandingan pulak, hujan. Nasib la. Acara merentas desa dan sukaneka sekolah berlangsung juga walau pun dalam hujan. Ok saja. Hujan renyai langsung tak mengganggu acara. Pelajar Tahap 2 ( 4,5,6 ) ambik acara merentas desa manakala pelajar Tahap 1 ( 1, 2, 3 ) pula acars sukaneka.



Sukaneka bagi pelajar tahap 1.

Paling seronok lihat Cikgu Hanapiah dan Cikgu Che Wel dengan motor Jaguh. Bergaya sakan walau pun dalam hujan. Mereka berdua sebagai pengiring, jaga keselamatan peserta. Cikgu Rauf dan PK Ko sebagai jurugambar ( sedih sikit sebab selalunya tak ada gambar aku ). Hairan juga sebab tak nampak Cikgu Razali ambik video. Nampak gaya tak ada video cd bagi acara kali ini. Hadiah kemenangan disampaikan oleh guru besar. Aku? Selalunya aku dapat penat je! Dapat seronok.

Jumaat, Oktober 24, 2008

Ke Taman Galeri Tengku Anis

Tanggal 22 Oktober 2008 Sekolah Kebangsaan Geting telah mengadakan satu lawatan dan sukaneka di Taman Galeri Tengku Anis untuk pelajar Tahun 6 sebagai aktiviti selepas UPSR.

Kami semua diminta berkumpul di padang sekolah sebelum bertolak ke sana. Guru pengiring kami menyampaikan beberapa peraturan keselamatan dan nasihat kepada para peserta. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan beserta dengan nama kumpulan. Kami pergi ke sana dengan menaiki basikal masing-masing. Kami bertolak ke sana pada pukul 8.30 pagi.

Dalam perjalanan ke sana, terdapat beberapa orang murid yang kelihatan kepenatan. Ada juga murid yang tidak mempunyai basikal dan terpaksa menumpang kereta guru.
Setibanya kami di sana, kami di beri peluang untuk berehat seketika bagi menghilangkan keletihan. Kami juga sempat melihat keindahan di sana. Kami juga di beri sebotol air mineral untuk menghilangkan dahaga.

Selepas itu, kami pun memulakan acara sukaneka dengan meriah. Acara yang di pertandingkan ialah tarik tali, lari dalam guni dan beberapa acara lagi. Apabila acara bermula pelbagai ragam dapat dilihat menjadikan keadaan di sana riuh rendah. Cikgu Razali Ahmad merakam semua yang berlaku di sana menggunakan kamera video.

Ramai murid berkesempatan bermain permainan yang disediakan di sana dan ada juga yang melihat pemandangan di sana. Beberapa orang pelajar membuat senaman badan dengan menggunakan kemudahan senaman di sana.

Selepas selesai semua acara yang diadakan, guru-guru meminta semua murid berhimpun untuk mengambil makanan yang disediakan. Kami memilih tempat yang sesuai untuk makan.
Sesudah makan, kami berhimpun untuk acara penyampaian hadiah bagi pemenang setiap pertandingan. Oleh kerana kami sangat gembira, kami melaungkan sorakan kegembiraan.

Kami bersurai sesudah penyampaian hadiah dengan mengayuh basikal pulang ke sekolah.

catatan oleh : am & min

Rabu, Oktober 22, 2008

Kem Pintar

Nama saya Nur Ibtisam. Saya dan rakan sekelas iaitu Ku Iqmal Aqim dan Adib telah mengikuti Kem PINTAR yang dianjurkan oleh AADK Negeri Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia diadakan pada 14 - 16 Oktober 2008. Kami ditemani oleh Cikgu Sabri Abas. Pada pukul 10.30 pagi kami tiba di tempat yang dituju iaitu HB Village, PCB Kota Bahru. Selepas mendaftarkan diri, pihak penganjur telah memberi sebuah fail kepada kami. Kami beratur mengikut sekolah masing-masing di dalam dewan. Pihak penganjur memperkenalkan diri dan jawatan mereka kepada para peserta. Selepas itu kami diminta beratur ke dewan makan untuk minum pagi. Selepas minum, kami diminta masuk ke dalam dewan untuk membahagikan kepada sepuluh kumpulan bagi menjalankan proses ADK (Amali Dalam Kumpulan). Kami juga dibahagikan ke dalam kumpulan untuk masuk ke dalam bilik penginapan. Selepas kami meletakkan barang kami, kami diminta ke musolla untuk solat Zohor. Selepas itu, kami diminta ke dewan makan untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, pihak fasilitator telah memberi sehelai kain putih dan sebatang kayu kepada setiap kumpulan untuk membuat logo bendera setiap kumpulan. Selepas beberapa minit kemudian, kami diminta masuk ke dalam bilik penginapan untuk berehat selama satu jam untuk menggantikan masa riadah yang dibatalkan. Kami diminta bersiap sedia pergi ke musolla untuk solat Asar. Pada malamnya pula, sambungan ADK (Amali Dalam Kumpulan) berlangsung. Pada hari kedua, kami diminta supaya bangun awal untuk solat Subuh dan kuliah. Selepas itu, kami diminta berada di padang untuk kawad kaki untuk senamrobik. Tengah harinya pula, kami diminta ke dewan untuk ADK (Amali Dalam Kumpulan) sesi kedua. Tamatnya ADK sesi kedua, pihak fasilitor telah memberikan kami topi dan sebotol air mineral untuk digunakan pada waktu sesi riadah. Kami diminta ke musolla dan selepas itu kami diminta supaya berpakaian tracksuit untuk sesi riadah iaitu pertandingan explorace. Pada malamya pula, mereka telah memberikan kami sepasang tracksuit untuk dipakai pada hari terakhir. Selepas itu, sesi muhasabah diri dijalankan. Ramai pelajar yang menangis dan tertidur pada sesi tersebut. Pada hari terakhir kami disana, kami diminta ke dewan untuk menjalani proses ADK sesi ketiga. Setelah tamatnya ADK sesi ketiga, kami mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Kelantan. Pada pukul 2.00 petang kami bersiap sedia untuk pulang. Sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan kawan- kawan. Kami berasa sangat gembira.

catatan oleh : nur ibtisam 6j

Isnin, Oktober 20, 2008

Lawatan Sambil Belajar

Warga SKG kerap kali mengadakan program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik di dalam dan di luar negeri Kelantan. Program ini selalunya disertai oleh guru-guru, pelajar dan staf sokongan. Program lawatan yang diadakan saban tahun ini mendapat galakan, sokongan dan sumbangan daripada Guru Besar dalam mencari penaja dan peruntukan. Kadang kala, peserta rombongan juga diminta menjelaskan sedikit bayaran bagi menampung perbelanjaan.

Pada cuti pertengahan penggal kedua yang lepas, program lawatan ini menghalakan destinasi ke Cameron Highland, Pahang dengan 2 buah bas dan 9 buah kereta persendirian guru-guru. Ada beberapa orang guru yang mahu memandu sendiri bersama keluarga masing-masing menyertai rombongan.

Hujung minggu ini nanti, warga SKG meneruskan program lawatan yang baru. Kali ini 9 orang guru dan 35 pelajar mencuba kelainan dengan menaiki keretapi. Destinasi kali ini ialah KL dan Melaka. Program kali ini telah bermula pada 15hb dan mereka akan pulang pada 18hb. ( saya akan minta gambar dan tunjukkan nanti bila mereka pulang ).

Hujung tahun nanti, guru-guru skg akan ke Medan pula. Tahun depan mungkin ke Beijing.

 

logo skg