Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Jumaat, Oktober 24, 2008

Ke Taman Galeri Tengku Anis

Tanggal 22 Oktober 2008 Sekolah Kebangsaan Geting telah mengadakan satu lawatan dan sukaneka di Taman Galeri Tengku Anis untuk pelajar Tahun 6 sebagai aktiviti selepas UPSR.

Kami semua diminta berkumpul di padang sekolah sebelum bertolak ke sana. Guru pengiring kami menyampaikan beberapa peraturan keselamatan dan nasihat kepada para peserta. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan beserta dengan nama kumpulan. Kami pergi ke sana dengan menaiki basikal masing-masing. Kami bertolak ke sana pada pukul 8.30 pagi.

Dalam perjalanan ke sana, terdapat beberapa orang murid yang kelihatan kepenatan. Ada juga murid yang tidak mempunyai basikal dan terpaksa menumpang kereta guru.
Setibanya kami di sana, kami di beri peluang untuk berehat seketika bagi menghilangkan keletihan. Kami juga sempat melihat keindahan di sana. Kami juga di beri sebotol air mineral untuk menghilangkan dahaga.

Selepas itu, kami pun memulakan acara sukaneka dengan meriah. Acara yang di pertandingkan ialah tarik tali, lari dalam guni dan beberapa acara lagi. Apabila acara bermula pelbagai ragam dapat dilihat menjadikan keadaan di sana riuh rendah. Cikgu Razali Ahmad merakam semua yang berlaku di sana menggunakan kamera video.

Ramai murid berkesempatan bermain permainan yang disediakan di sana dan ada juga yang melihat pemandangan di sana. Beberapa orang pelajar membuat senaman badan dengan menggunakan kemudahan senaman di sana.

Selepas selesai semua acara yang diadakan, guru-guru meminta semua murid berhimpun untuk mengambil makanan yang disediakan. Kami memilih tempat yang sesuai untuk makan.
Sesudah makan, kami berhimpun untuk acara penyampaian hadiah bagi pemenang setiap pertandingan. Oleh kerana kami sangat gembira, kami melaungkan sorakan kegembiraan.

Kami bersurai sesudah penyampaian hadiah dengan mengayuh basikal pulang ke sekolah.

catatan oleh : am & min

 

logo skg