Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, Oktober 22, 2008

Kem Pintar

Nama saya Nur Ibtisam. Saya dan rakan sekelas iaitu Ku Iqmal Aqim dan Adib telah mengikuti Kem PINTAR yang dianjurkan oleh AADK Negeri Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia diadakan pada 14 - 16 Oktober 2008. Kami ditemani oleh Cikgu Sabri Abas. Pada pukul 10.30 pagi kami tiba di tempat yang dituju iaitu HB Village, PCB Kota Bahru. Selepas mendaftarkan diri, pihak penganjur telah memberi sebuah fail kepada kami. Kami beratur mengikut sekolah masing-masing di dalam dewan. Pihak penganjur memperkenalkan diri dan jawatan mereka kepada para peserta. Selepas itu kami diminta beratur ke dewan makan untuk minum pagi. Selepas minum, kami diminta masuk ke dalam dewan untuk membahagikan kepada sepuluh kumpulan bagi menjalankan proses ADK (Amali Dalam Kumpulan). Kami juga dibahagikan ke dalam kumpulan untuk masuk ke dalam bilik penginapan. Selepas kami meletakkan barang kami, kami diminta ke musolla untuk solat Zohor. Selepas itu, kami diminta ke dewan makan untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, pihak fasilitator telah memberi sehelai kain putih dan sebatang kayu kepada setiap kumpulan untuk membuat logo bendera setiap kumpulan. Selepas beberapa minit kemudian, kami diminta masuk ke dalam bilik penginapan untuk berehat selama satu jam untuk menggantikan masa riadah yang dibatalkan. Kami diminta bersiap sedia pergi ke musolla untuk solat Asar. Pada malamnya pula, sambungan ADK (Amali Dalam Kumpulan) berlangsung. Pada hari kedua, kami diminta supaya bangun awal untuk solat Subuh dan kuliah. Selepas itu, kami diminta berada di padang untuk kawad kaki untuk senamrobik. Tengah harinya pula, kami diminta ke dewan untuk ADK (Amali Dalam Kumpulan) sesi kedua. Tamatnya ADK sesi kedua, pihak fasilitor telah memberikan kami topi dan sebotol air mineral untuk digunakan pada waktu sesi riadah. Kami diminta ke musolla dan selepas itu kami diminta supaya berpakaian tracksuit untuk sesi riadah iaitu pertandingan explorace. Pada malamya pula, mereka telah memberikan kami sepasang tracksuit untuk dipakai pada hari terakhir. Selepas itu, sesi muhasabah diri dijalankan. Ramai pelajar yang menangis dan tertidur pada sesi tersebut. Pada hari terakhir kami disana, kami diminta ke dewan untuk menjalani proses ADK sesi ketiga. Setelah tamatnya ADK sesi ketiga, kami mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Kelantan. Pada pukul 2.00 petang kami bersiap sedia untuk pulang. Sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan kawan- kawan. Kami berasa sangat gembira.

catatan oleh : nur ibtisam 6j

 

logo skg