Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Selasa, Oktober 28, 2008

Melaka dan Kuala Lumpur

Tahun ini adalah tahun paling best kerana kami dapat mengikuti lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur. Pada petang itu kami bertolak dari rumah ke stesen kereta api yang akan berlepas pada pukul 6.30 petang. Sebelum menaiki keretapi, Cikgu Zabariah memberi taklimat kepada semua murid. Kami bersalam-salaman dengan ibubapa sebelum menaiki kereta api.

Semasa berada didalam kereta api, kami dapat melihat pemandangan sawah padi yang indah dan cantik apabila disinari cahaya matahari yang terbenam. Pada malam itu kami sembahyang jamak bersama guru. Keadaan di dalam kereta api itu sungguh sejuk dan riuh rendah sekali. Dan pada malam itu jugalah ada murid-murid termasuk kami yang pening dan mabuk darat. Kami semua tidur pada 11.00 malam. Pada pukul 2.00 pagi kami dan beberapa orang murid bangun kerana tidak dapat tidur. Pada masa itulah PK KO mengambil gambar sambil mengucapkan selamat pagi.

Akhirnya rombongan lawatan tiba di Tampin, Negeri Sembilan. Dari situ, peserta lawatan menaiki bas ‘Camerons Lines’, ketua kami semasa menaiki bas ialah Abang Mukhsin. Destinasi kami adalah sebuah masjid untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami bersarapan di sebuah restoran setelah melintasi sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka.

Kemudian, bas kami menuju ke Muzium Samudera di mana para pelajar berpeluang melihat sendiri replika kapal yang digunakan semasa penjajahan Portugis. Selepas itu, peserta lawatan dibawa oleh pemandu pelancong ke Kota’Famosa yang terletak di kaki bukit ST. Paul menggunakan tangga yang disediakan sebagai satu aktiviti rekreasi. Selepas menikmati kudapan, peserta lawatan menaiki Menara Taming Sari yang mempunyai ketinggian 110meter. Ramai pelajar yang gayat apabila berada pada ketinggian 110 meter. Kami dapat melihat pemandangan cantik apabila berada puncak menara Taming Sari itu.

Kira-kira pada pukul 3:15, petang Zoo Melaka menjadi tempat kunjungan kami seterusnya. Kami menunggu Abang Mukhsin membeli tiket untuk memasuki kawasan Zoo Melaka. Disini, pelajar dapat melihat pelbagai binatang seperti gajah, harimau, singa, monyet dan lain-lain lagi. Kami juga dapat menaiki kereta khas yang ada didalam zoo tersebut. Pada pukul 4.15 petang, bas rombongan menuju ke surau berdekatan dan kami menunaikan solat di situ.

Pada pukul 6.15 petang rombongan lawatan bertolak ke Putrajaya. Di sini, peserta lawatan dapat menikmati keindahan Putrajaya yang dicucuri dengan sinar cahaya lampu beranika warna. Bas berhenti seketika untuk berehat. Beberapa minit kemudian, perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan lagi. Akhirnya destinasi yang dituju sampai pada pukul 10.00 malam. Bas berhenti di sebuah restoran untuk makan malam dan seterusnya ke Hotel Mexico bagi tujuan penginapan.

Pada keesokan harinya, selepas sarapan, peserta lawatan dibimbing oleh pemandu pelancong menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) menuju ke Suria KLCC. Beberapa detik kemudian, rombongan lawatan dibawa ke Menara Kuala Lumpur yang mempunyai ketinggian 423 meter yang merupakan menara keempat tertinggi di dunia. Peserta lawatan berpeluang melihat keindahan Kuala Lumpur dari atas. Pada pukul 11.45 pagi, rombongan kembali ke hotel untuk mengambil dan mengemas barang masing-masing, Selepas menikmati kudapan, rombongan lawatan berkunjung ke Tugu Negara. Ada diantara peserta patriotik menitiskan air mata terkenangkan nasib parajurit yang gugur di medan perang.

Kira-kira pada pukul 2.30 petang, rombongan lawatan menuju ke Planeterium Negara. Pelajar dapat menonton teater angkasa yang agak menarik setelah melawat dan melihat pameran-pameran di dalam Planeterium tersebut. Pasar Seni iaitu sebuah kompleks membeli-belah menjadi tempat kunjungan kami yang terakhir. Untuk perjalanan pulang, rombongan lawatan menuju ke Kuala Lumpur Sentral. Peserta juga menunaikan solat di sana sementara para peserta bertolak pulang. Pada keesokan harinya rombongan lawatan selamat tiba di Setesen Kereta api Tumpat dan di jemput oleh ibu bapa masing-masing.

catatan oleh : aunie afifah, nor farhan & bazli

 

logo skg