PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, Mac 26, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 2009

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w

“Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktekkan demokrasi; di setiap masjid, ketika adzan dikumandangkan dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: ‘Allah Maha Besar’… Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluriah membuat manusia menjadi bersaudara.” - SAROJINI NAIDU, penyair terkenal India (S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169)

Jawatankuasa Perayaan dan Sambutan sekolah mengadakan majlis Maulidur Rasul pada 25.03.09, semalam.

Acara tahunan ini disertai dengan beberapa aktiviti seperti menyiang daging dan memasak, perarakan dan selawat, persembahan nasyid dan ceramah agama.


Aktiviti berjalan lancar dengan beberapa kumpulan menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dan sempurna. Kerjasama yang diberikan oleh pasukan polis yang mengawal lalu lintas juga sangat membantu. Terima kasih.

Empat pelatih perguruan juga menyertai kami dengan membantu mengawal keadaan sewaktu perarakan, membersih daging dan memasak. ( dah sesuai sangat dah jadi cikgu )

Admin: Terasa sangat ketiadaan Cikgu Razali Ahmad dan Cikgu Sabri Abas yang berpindah.

Selasa, Mac 24, 2009

Kami Juara lagi

Pasukan Bola Baling perempuan SK Geting mengekalkan kecemerlangan dalam acara bola baling Zon Pengkalan Kubor dengan muncul johan pertandingan yang diadakan pada 22.03.2009 di SK Sri Neting, Tumpat.


Pasukan di bawah pimpinan Cikgu Ghani, mengekalkan kejuaraan 4 tahun berturut-turut. Tahniah Cikgu Ghani.


Kejayaan yang dicapai pada tahun ini lebih manis apabila pasukan bola baling lelaki juga muncul johan dalam pertandingan yang diadakan pada waktu dan tempat yang sama.

Lencana Sekolah











Perlambangan:

Obor - Obor yang menyala melambangkan sikap dan semangat untuk belajar tidak pudar

Bunga padi - Bunga padi menunjukkan masyarakat di sini juga adalah petani

Buku sedang terbuka - Buku melambangkan budaya ilmu

Ikan - Ikan adalah berkait rapat dengan kedudukan sekolah dan pekerjaan utama iaitu nelayan


Warna:

Merah - Keberanian / kesungguhan untuk berjaya

Kuning - Kesetiaan

Biru - Perpaduan / permuafakatan

Hijau - Kesabaran / kedamaian dan ketakwaan

Pengasas Sekolah

Sekolah Kebangsaan Geting telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusoff. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Kampung Geting.

Anak Kedua daripada sembilan adik beradik telah mendapat pendidikan agama daripada ayahandanya. Selepas itu, beliau menyambung pengajian agamanya di Pondok Selehong, Tumpat dan guru beliau ialah Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ahmad yang terkenal dengan panggilan Tok Selehong.

Kemudian beliau meneruskan pengajiannya ke sebuah pondok di Kota Bharu. Setelah tamat pengajiannya, beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji dan belajar agama.

Sekembalinya ke Kelantan, beliau menubuhkan sekolah pondok dan mula mengajar ilmu agama. Beliau pernah menjadi guru agama di Sekolah Arab Mehilliah Geting, disamping mengajar agama di masjid-masjid dan madrasah sebagai mubaligh sehingga akhir hayat. Beliau meninggal dunia pada tahun 1970 pada usia 57 tahun.

Sejarah Penubuhan

Sekolah ini mula-mula ditubuhkan di awal tahun 1947 oleh Jawatankuasa Pakatan Kematian Kampung Geting dengan nama Sekolah Rakyat Kampung Geting. Ianya dibina secara gotong royong oleh penduduk di atas sebidang tanah seluas 5 ekar 945 depa kepunyaan Tuan Haji Abdullah bin Haji Yusoff dengan perbelanjaan kira-kira RM 1 600. 00.

Di awal penubuhannya, tenaga pengajar terdiri daripada 10 orang guru yang dipanggil guru rakyat dengan seorang guru besar. Jumlah murid pula ialah 26 orang yang di tempatkan dalam lima bilik darjah. Kemudian dengan kepesatan kemajuan yang dicapai dari masa ke semasa maka pada tahun 1951, sekolah ini diserahkan kepada kerajaan sehinggalah sekarang dengan nama Sekolah Kebangsaan Geting.

Pada 1 Disember 1991, Sekolah Kebangsaan Geting telah dipecahkan kepada dua buah sekolah memandangkan jumlah murid yang terlalu ramai iaitu melebihi 1800 orang. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Geting 1 dan Sekolah Kebangsaan Geting 2 dengan keramaian murid 930 orang (SKG1) dan 865 orang (SKG2).


Pentadbir

RUZALI RASHID
Guru Besar






ABDULLAH SALLEH P.B
PK Akademik






SIDIK MYDIN PITCHAY
PK Hal Ehwal Murid






EH TEM A/L EH TIK
PK Ko-Kurikulum







Ahad, Mac 22, 2009

Juara Lagi

Peringkat PPD

Meneruskan kecemerlangan SKG, Ghazian Amin bin Mukhtar dari Kelas 6 Jaya telah muncul Juara Pertandingan Bercerita yang diadakan di SK Kampung Laut pada 25.03.2009. Peserta Tahfiz pula iaitu Muhd Razi Idham bin Kamal Mazuki dan Nuraini binti Ayub kedua-duanya juga dari Kelas 6 Jaya muncul sebagai naib Johan di peringkat yang sama. Tahniah.



Peringkat Zon

Hampir menyapu bersih semuanya. Selepas kejayaan yang dicipta oleh pasuka bola jaring di bidang sukan, kini tiba giliran pasukan nasyid pula menggapai gelaran juara. Pasukan nasyid SK Geting telah muncul sebagai juara pada Pertandingan Nasyid Zon Pengkalan Kubor.

pasukan nasyid sekolah

Pertandingan yang telah berlangsung di SK Sungai Tapang, Tumpat pada 11.03.09 ini juga menyaksikan peserta pertandingan bercerita, Ghazian Amin bin Mukhtar dari SK Geting muncul sebagai juara.

Terima kasih, puan.

Di samping itu, peserta tilawah Al Quran, Muhd Farid bin Mohd Nor pula muncul sebagai naib juara dalam program tilawah yang diadakan pada hari dan tempat yang sama.

Kami juga berjaya menjadi juara tahfiz Al Quran lelaki dan perempuan yang disertai oleh Muhd Razi Idham bin Kamal mazuki dan Nuraini binti Ayub.

Depan dari kiri : muhd farid, muhd riza, nur hazifah, amalia fattynie, nuraini, ghazian amin
Belakang dari kiri : .hariz., khairul isma, alam zaman, zaimuddin, hazmirul, ahmad izzuddin, hafizuddin, razi idham, hasif aiman

Tahniah dan terima kasih kepada ustaz dan ustazah pembimbing yang diketuai oleh Ustazah Jalilah Yaacob.

Jumaat, Mac 13, 2009

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN
Memastikan setiap murid mendapat perhatian dan peluang pendidikan yang sama rata, berkualiti
dan seimbang.
Mengutamakan kepentingan murid daripada kepentingan peribadi ( diri sendiri ).
Berusaha sedaya-upaya mengatasi masalah serta meningkatkan prestasi, disiplin dan kecerian sekolah dari masa ke semasa.
Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, bersopan dan segera kepada pelanggan.
Memastikan setiap program pendidikan yang dirancang dan diberi, dilaksanakan dengan berkesan mengikut jadual yang ditetapkan

VISI
Menjadikan SK Geting sebagai sebuah institusi pendidikan terbilang, cemerlang dalam semua aspek pendidikan bagi melahirkan warga sekolah yang gemilang dan dapat memenuhi tanggungjawab terhadap diri, sendiri, agama, masyarakat dan negara.

MISI
Menjadi sekolah SK Geting sebagai sebuah institusi pendidikan yang selamat, ceria dan harmonis. Suasana ini akan merangsang pendidikan berkualiti serta melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bermaruah dan berkeupayaan bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

FALSAFAH
Setiap pelajar berpotensi untuk berkembang maju berteraskan kepada usaha, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Memberi peluang dan kemudahan seluas-luasnya kepada mereka untuk memperkembangkan potensi bagi melahirkan insan yang kamil.

MATLAMAT
Mengujudkan sistem pengurusan yang episyen dan berkesan. Meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dalam semua matapelajaran. Melahirkan masyarakat pelajar yang berdisiplin, beramanah dan berakhlak mulia. Melahirkan insan yang ceria, sihat mental dan fizikal.

OBJEKTIF
( Objektif Pentadbiran Dan Pengurusan )
Mengujudkan pengurusan sistem fail stor dan harta modal ke arah pencapaian piawaian ISO 9002.
Mencapai pengurusan kewangan yang cemerlang mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan. Tiada teguran audit.
Mengujudkan semangat setiakawan di kalangan murid, guru dan bukan guru.
Mencapai kecemerlangan terbaik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Mengujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif dan selamat.
Menjalin hubungan yang baik dengan pihak pengurusan atasan, jabatan dan pertubuhan serta masyarakat setempat.

COGAN KATA
"BELAJAR, SEDAR, AMAL"
Bahawasanya sekolah ini mempunyai kemudahan dan peluang untuk belajar serta memberi kesedaran tentang pentingnya pendidikan demi masa depan agama, masyarakat, bangsa dan negara.
Hasil daripada kesedaran inilah diharapkan agar masyarakat di sini dapat mengamalkannya dalam aktiviti harian mereka dan merupakan satu pelaburan untuk kejayaan.

Sabtu, Mac 07, 2009

Kursus Eduwebtv

Salah satu dari program LDP sekolah yang dikendalikan oleh unit LDP dengan kerjasama ajk makmal komputer. Kursus ini disampaikan oleh Cikgu Zamri, Penyelaras Makmal Komputer sekolah.

Kusrus ini berjaya dilangsungkan dalam suasana meriah dan ceria dengan kegembiraan guru-guru yang berjaya mendaftar akaun email yahoo. Sedikit kesulitan timbul apabila line internet tiba-tiba slow yang mengakibatkan beberapa orang peserta gagal mendaftar akaun email dan eduwebtv.

Tahniah.

Selasa, Mac 03, 2009

Motivasi Keibubapaan

Program tahunan ini dijayakan dengan kerjasama unit kaunseling dan UPSR. Penceramah jemputan kali ini ialah Tn Hj Khairul Anwar bin Khairuddin, Pengetua SMK Chabang Empat, Tumpat.

Pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR nanti juga turut serta dalam program ini.

Tn Hj Anwar banyak memberi tips dan panduan kepada ibu bapa penjaga serta pelajar dalam mengejar kejayaan hidup terutama mengejarb target 5A UPSR. Celoteh beliau juga menyebabkan para hadirin tak kering gusi.

 

logo skg