PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, April 27, 2009

PPDT Tempat Ketiga

Tahniah. Pasukan bola baling PPD Tumpat mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling peringkat negeri kelantan.

Kejohanan ini yang diadakan di SK Chiku 1 pada minggu lepas. Dua orang pelajar dari SK Geting terpilih menganggotai pasukan PPD Tumpat bersama pelajar dari SK Morak, SK Kebakat dan SK Chabang Empat.

Modh Alam Zaman dan Abdul Aziz

SU Sukan SK Geting Cikgu Ghani bertindak sebagai Ketua Jurulatih bersama Cikgu Saufi dari SK Morak sebagai jurulatih pasukan telah bertungkus lumus melatih para pelajar. Walau pun tidak menjadi Johan, tahniah kerana berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan.

Para pelajar berada selama 3 hari 2 malam bermula dari 23 - 25.04.09 di Felda Sungai Asan, sebagai tempat menginap. Pengalaman menyertai kejohanan dan bersama pelajar dari sekolah kelompok, membuatkan mereka begitu teruja dan seronok.

Kejohanan kali ini dimenangi oleh PPD Pasir Puteh dan tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan dari PPD Kota Bharu Selatan.

Tahniah semua.

Selasa, April 21, 2009

SEGAK

Segak datang lagi.
Program SEGAK yang telah dimulakan pada tahun 2008 sekali lagi dilaksanakan disekolah dengan kerjasama panitia Pendidikan Jasmani dan diawasi oleh Cikgu Wan Nafi. Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) ini dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sekolah rendah dan menengah.

Pelajar perempuan Tahun 6 sedang menjalani ujian.

Matlamat program ini adalah agar murid sentiasa peka, berp
engetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

Empat ujian dilalui oleh setiap murid iaitu :
  1. Naik turun bangku ( 3 minit )
  2. Tekan tubi ( 1 minit )
  3. Ringkuk tubi separa
  4. Jangkauan melunjur
Semogak pelajar menjadi semakin segak.

Sabtu, April 18, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

LDP kali ke 3 ini diadakan di makmal sekolah dengan dihadiri oleh semua guru. Walau pun diadakan pada hari Sabtu, guru-guru rela mengorbankan masa rehat mereka agar tidak ketinggalan mengikuti kursus yang sangat berfaedah ini.

Sebahagian guru yang hadir.

Tajuk kursus kami kali ini ialah "Pengurusan Head Count Ber
kesan" yang disampaikan oleh En. Ismail bin Mohamad, Unit Pengurusan Sekolah, PPD Tumpat. En. Ismail kebetulan baharu sahaja bertukar dari PPD Pasir Mas.

En. Ismail Mohamad

Pemilihan tajuk Head Count kali ini adalah kerana beberapa sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR, telah menggunakan cara Head Count ini.

Dengan 6 borang yang perlu disediakan dan setiap guru perlu menyediakan Head Count bagi setiap matapelajaran yang diajar, adalah diharapkan kecemerlangan UPSR akan menjelma di SK Geting.

Post-mortem perlu dibuat setiap kali selepas UBB bagi mengenal pasti segala kelemahan dan membaikinya.


Tekun dan faham.

Kalau tidak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali,
Headcount berjaya kerana tuan,
Tidak tuan siapa lagi.

Jumaat, April 10, 2009

Album 2009




Selasa, April 07, 2009

Lokasi SK Geting


View Larger Map
Kecanggihan ini mungkin dapat mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa.

SK Geting terletak berdekatan dengan Pantai Geting dan Pantai Sri Tujuh melalui jalan utama dari bandar Tumpat ke Pengkalan Kubor. Info Galeri Sungai Golok Taman Tengku Anis yang terletak berdekatan sempadan Malaysia - Thailand juga boleh dikunjungi melalui SK Geting dan Pulau Tengkorak.

Sekolah Rendah Dalam PPD Tumpat

  1. Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong - peta
  2. Sekolah Kebangsaan Berangan (1) - peta
  3. Sekolah Kebangsaan Berangan (2) - peta
  4. Sekolah Kebangsaan Bunohan - peta
  5. Sekolah Kebangsaan Chabang Empat - peta
  6. Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu - peta
  7. Sekolah Kebangsaan Geting - peta
  8. Sekolah Kebangsaan Kampong Delima - peta
  9. Sekolah Kebangsaan Kampong Laut - peta
  10. Sekolah Kebangsaan Kebakat - peta
  11. Sekolah Kebangsaan Kelaboran - peta
  12. Sekolah Kebangsaan Kok Keli - peta
  13. Sekolah Kebangsaan Kok Pasir - peta
  14. Sekolah Kebangsaan Kubang Batang - peta
  15. Sekolah Kebangsaan Kutan - peta
  16. Sekolah Kebangsaan Morak - peta
  17. Sekolah Kebangsaan Padang Mandol - peta
  18. Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung - peta
  19. Sekolah Kebangsaan Palekbang - peta
  20. Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan - peta
  21. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (1) - peta
  22. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (2) - peta
  23. Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru - peta
  24. Sekolah Kebangsaan Seri Kampong Laut - peta
  25. Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu - peta
  26. Sekolah Kebangsaan Simpangan - peta
  27. Sekolah Kebangsaan Sri Neting - peta
  28. Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat (1) - peta
  29. Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat (2) - peta
  30. Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang - peta
  31. Sekolah Kebangsaan Sungai Tapang - peta
  32. Sekolah Kebangsaan Telok Jering - peta
  33. Sekolah Kebangsaan Tumpat - peta
  34. Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu - peta
  35. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Tse - peta

 

logo skg