Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, April 18, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

LDP kali ke 3 ini diadakan di makmal sekolah dengan dihadiri oleh semua guru. Walau pun diadakan pada hari Sabtu, guru-guru rela mengorbankan masa rehat mereka agar tidak ketinggalan mengikuti kursus yang sangat berfaedah ini.

Sebahagian guru yang hadir.

Tajuk kursus kami kali ini ialah "Pengurusan Head Count Ber
kesan" yang disampaikan oleh En. Ismail bin Mohamad, Unit Pengurusan Sekolah, PPD Tumpat. En. Ismail kebetulan baharu sahaja bertukar dari PPD Pasir Mas.

En. Ismail Mohamad

Pemilihan tajuk Head Count kali ini adalah kerana beberapa sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR, telah menggunakan cara Head Count ini.

Dengan 6 borang yang perlu disediakan dan setiap guru perlu menyediakan Head Count bagi setiap matapelajaran yang diajar, adalah diharapkan kecemerlangan UPSR akan menjelma di SK Geting.

Post-mortem perlu dibuat setiap kali selepas UBB bagi mengenal pasti segala kelemahan dan membaikinya.


Tekun dan faham.

Kalau tidak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali,
Headcount berjaya kerana tuan,
Tidak tuan siapa lagi.

 

logo skg