Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, April 27, 2009

PPDT Tempat Ketiga

Tahniah. Pasukan bola baling PPD Tumpat mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling peringkat negeri kelantan.

Kejohanan ini yang diadakan di SK Chiku 1 pada minggu lepas. Dua orang pelajar dari SK Geting terpilih menganggotai pasukan PPD Tumpat bersama pelajar dari SK Morak, SK Kebakat dan SK Chabang Empat.

Modh Alam Zaman dan Abdul Aziz

SU Sukan SK Geting Cikgu Ghani bertindak sebagai Ketua Jurulatih bersama Cikgu Saufi dari SK Morak sebagai jurulatih pasukan telah bertungkus lumus melatih para pelajar. Walau pun tidak menjadi Johan, tahniah kerana berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan.

Para pelajar berada selama 3 hari 2 malam bermula dari 23 - 25.04.09 di Felda Sungai Asan, sebagai tempat menginap. Pengalaman menyertai kejohanan dan bersama pelajar dari sekolah kelompok, membuatkan mereka begitu teruja dan seronok.

Kejohanan kali ini dimenangi oleh PPD Pasir Puteh dan tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan dari PPD Kota Bharu Selatan.

Tahniah semua.

 

logo skg