PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Jumaat, Mei 29, 2009

Kem Motivasi Cuti Sekolah

Bermula petang semalam, pelajar SK Geting mengikuti kem motivasi di Kem Putra di Kampung Chengal, Ketereh, Kota Bharu. Program seperti ini juga diadakan pada tahun lepas bertujuan menyemai semangat, disiplin dan jati diri di kalangan pelajar.

Pengangkutan bas disediakan kepada pelajar yang bertolak pada jam 2.00 petang, manakala guru-guru pengiring pula berkenderaan sendiri. Seramai 18 orang guru ditugaskan secara bergilir memantau keadaan pelajar di kem. Menurut PK Pentadbiran, program ini akan tamat pada jam 12.00 tengahari pada hari Sabtu nanti.

Ahad, Mei 17, 2009

Sambutan Hari Guru

Pagi Ahad ini berlangsung satu acara meriah khas bagi para guru. Kami di SK Geting turut menjayakan acara sambutan Hari guru yang diadakan saban tahun. Acara dimulakan dengan berhimpun di tapak perhimpunan, membaca perutusan dan menyanyi lagu Kami Guru Malaysia.

Perutusan Hari Guru dari Menteri Pelajaran disampaikan oleh Guru Besar

Kelaziman bila Hari Guru, para guru menerima hadiah dari pelajar tersayang. Pemajak kantin kami juga tidak mahu ketinggalan menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

Tok Wan sedang menyampaikan kek kepada PK Pentadbiran

Acara kedua kami ialah sukaneka yang disertai oleh semua guru dan mendapat tepuk sorak yang gemuruh dari para pelajar.

Acara yang mendapat sorakan gemuruh pelajar

Selepas berpanas di padang, kami ke dewan meneruskan acara persembahan. Guru-guru serta pelajar mengambil bahagian bagi memeriahkan acara.

Sempena Hari Guru ini juga, sedikit jamuan diadakan serentak bagi meraikan dua orang bekas guru SK Geting yang bertukar iaitu Cikgu sabri dan Cikgu Che Well. Jamuan ini diadakan di kantin sekolah. Guru-guru juga menerima hadiah berupa hemper dan cabutan bertuah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Selamat Hari Guru. Guru Pembina Negara Bangsa.

Muat turun (download) atucara, senarai ajk dan senikata lagu "Guru Pembina Negara Bangsa" bersama brochure Hari Guru 2009 di sini.


Selasa, Mei 12, 2009

Mesyuarat Agung PIBG ke 34

SK Geting mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 pada 11 Mei 2009 jam 2.30 petang. Menurut SU PIBG, tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi membuat keputusan mengenai bayaran yuran PIBG tahun ini.

En. Ismail disambut oleh YDP dan SU PIBG

En. Ismail bin Muhammad, Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah PPD Tumpat telah sudi hadir merasmikan majlis. Dalam ucapannya beliau mengingatkan bahawa kerjasama diantara pihak sekolah dan ibu bapa penjaga adalah amat penting dalam mencipta kecemerlangan diri anak-anak. Pemantauan yang berterusan dari ibu bapa penjaga di rumah, didikan agama yang berkesan dan semangat berlumba-lumba untuk berjaya adalah amat penting. Beliau juga mengingatkan dan memohon kerjasama ibu bapa penjaga bersama-sama guru-guru di sekolah untuk mencapai target 40 orang pelajar mendapat 5A dalam UPSR nanti.

Sebelum itu, dalam ucapan aluan, Guru Besar telah menyampaikan beberapa maklumat penting berkaitan sekolah kepada ibu bapa penjaga yang hadir. Diantaranya ialah perancangan sekolah, kejayaan yang telah dicapai dan pesanan mengenai disiplin pelajar.

AJK PIBG 2009

Pengerusi PIBG pula dalam ucapannya menegaskan mengenai peranan ibu bapa penjaga di rumah mengawasi dan mendidik anak-anak di samping tugas guru-guru di sekolah. Tanpa kerjasama ibu bapa penjaga adalah amat sukar bagi guru-guru membentuk dan menjadikan anak-anak mereka seorang pelajar yang berjaya dan cemerlang.

Dalam majlis ini juga, pelajar-pelajar yang mendapat 5A dan 4A dalam UPSR 2008 diberi perhargaan dan sumbangan.

Nurul Amirah bt. Jaafar, Pelajar cemerlang upsr 2008

Keputusan mesyuarat yang dicapai adalah setiap pelajar perlu menmbuat bayaran sebanyak RM40.00 bagi aktiviti yang dicadangkan seperti PIBG, sumbangan, lembaran kerja dan UBB.

Sabtu, Mei 09, 2009

Tanah Perkuburan Kampung Geting

Projek gotong royong membersihkan tanah perkuburan di Kampung Geting berlangsung dengan lancar hari ini. Kira-kira 50 orang pelajar dan seramai 9 orang guru terlibat alam aktiviti kemasyarakatan kali ini termasuk guru besar dan semua penolong kanan.

Panas terik tak menghalang pelajar menjalankan aktiviti

Tanah Perkuburan Kampung Geting Tengah dipilih berdasarkan kesesuaian
dengan persekitaran tempat tinggal pelajar. Hanya dengan berbasikal dan berjalan kaki sahaja mereka hadir untuk melibatkan diri.

Beberapa orang pelajar sedang membetulkan kedudukan nesan

Projek kali ini diuruskan oleh Cikgu Azhar dengan kerjasama dan sokongan dari guru besar dan semua penolong kanan. Tujuan utama aktiviti ini adalah bagi membiasakan pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan dan menyemai sikap ringan tulang kepada mereka.

PK1 yang turut serta bersama pelajar

Minuman dan kuih disediakan semasa aktiviti dijalankan di tanah perkuburan. Makan tengah hari pula disediakan di kantin sekolah yang diuruskan oleh Tok Wan, pemajak kantin.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

logo skg