PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, Julai 30, 2009

Aktiviti Gotong-royong

Aktiviti ini dijalankan pada petang Rabu 29.07.09 dan telah diuruskan sendiri oleh PK Ko dengan disertai oleh semua pelajar dan guru, bermula jam 4.30 petang hingga jam 6.00 petang.

Minuman disediakan untuk semua yang hadir di samping roti dan bubur kacang ( durian ).

Isnin, Julai 27, 2009

Lawatan Ke Terengganu '09

Pelajar-pelajar SK Geting telah mengadakan satu lawatan ke Terengganu pada 25.07.09, hari Sabtu yang lepas. Lawatan ini dianjur dan dikelolakan oleh AJK UPSR sekolah dikendalikan oleh PK 1 dan Cikgu Hanapiah. Lawatan ini merupakan satu hadiah galakan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UBB Setengah Tahun yang lepas.

Seramai 30 orang pelajar terdiri dari 14 lelaki dan 16 perempuan mengikuti lawatan ini. Mereka diiringi dan dikawal selia oleh 7 orang guru pengiring. Beberapa orang guru sanggup memandu menggunakan kenderaan sendiri dan membawa keluarga bersama ke Terengganu ini.

Di antara tempat-tempat yang sempat dilawati oleh pelajar kali ini ialah Masjid Terapung, Muzium Terengganu, Masjid Kristal, Pasar Payang, Pantai Penarik dan kilang membuat keropok yang terletak di Kampung Losong.

Bas yang membawa pelajar dalam lawatan sambil belajar ke Terengganu ini bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba kembali dari lawatan pada pukul 11.00 malam. Para pelajar telah sedia dinanti oleh keluarga masing-masing di pekarangan sekolah.

Terima Kasih kepada Siti Nur Shahirah (6 Jaya) yang membekalkan gambar-gambar ini.

Kata PK 1, lawatan seterusnya ialah ke Kuala Lumpur. (Bergantung kepada keputusan UPSR nanti).

Ahad, Julai 26, 2009

Kursus Pra Rambu

Kumpulan Pengakap Tumpat telah menganjurkan Kursus Pra Rambu bagi anggota pengakap sekolah-sekolah Daerah Tumpat. Kursus yang dikhaskan kepada anggota pengakap kanak-kanak ini telah di adakan di Kem Kok Keli, Tumpat dari 23.07.09 hingga 25.07.09 yang lalu. Para peserta mendaftarkan diri pada hari Khamis jam 2.00 petang, selepas waktu persekolahan.

Siap!

Seramai 234 pelajar terlibat terdiri dari 130 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan.

Pertandingan memasak.

Pasukan pengakap SK Geting turut menyertai kursus ini dengan menghantar 20 orang peserta yang terdiri dari 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Para pelajar diiringi oleh guru pengakap Cikgu Razali Yusuf, Cikgu Zambri dan tidak ketinggalan PK 1 yang juga merupakan Pesuruhjaya Pengakap Tumpat.

Selasa, Julai 21, 2009

Taekwando Championship Tournament

Congratulations! A new taekwando champion was born in SK Geting. Taekwando, a South Korea originated martial art is not a familiar sport to the pupils of SK Geting and there was no such victory in this martial art here before.

Congratulations! - update picture

Nur Shahirah bt. Mohd Hanafee, a year 5 pupils will be participating in 8th International Clubs Open Taekwando Championship 2009, which will be held from 23rd - 26th July 2009 in Kuala Lumpur.

Having a practice with 14 other participants at Jimmy Lo Taekwando Club in Tumpat, organised by Mr. Jimmy Lo. She also have her practice in the evening in school.

New friends - update picture

Thanks to Mr. Gheni, the sport secretary of the school and Mr. Hanapiah as a Taekwando Club Teacher for thier effort towards this victory. We hope that Nur Shahirah will be the champion in Kuala Lumpur soon.

As the staff and members of SK Geting, we pray for your success in Kuala Lumpur. Good Luck.

Update:- Gambar aksi Adik Nurshahirah dapat dilihat di laman clickontheweb. Adik Nurshahirah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Isnin, Julai 13, 2009

Majlis Mesra Akademik

Hampir kesemua ibu bapa penjaga hadir pada majlis yang diadakan pada 12 Jun 2009 lalu. Majlis penyerahan keputusan UBB ini diadakan selepas UBB Pertengahan Tahun. Keputusan mengadakan majlis ini pada hari Ahad adalah kerana kebetulan pasar minggu diadakan berdekatan dengan pintu pagar sekolah. Sambil ke sekolah dapat juga ibu bapa penjaga ke pasar minggu untuk membeli keperluan.

Guru-guru J-Qaf ditugaskan mendaftar kehadiran ibu bapa penjaga.

SK Geting hingga kini mempunyai seramai 1124 pelajar terdiri dari 523 pelajar lelaki dan 525 pelajar perempuan tidak termasuk 25 pelajar prasekolah dan 16 pelajar PKBP.

Walau pun majlis bermula pada jam 9.00 pagi, tetapi sesetengah ibu bapa penjaga datang lebih awal ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka. Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana perihatin terhadap anak-anak.

Walau pun Guru Besar tiada di sekolah kerana mempunyai tugasan di luar, majlis berlangsung dengan lancar dengan kerjasama PK1, PK HEM, Cikgu Razali Yusuff dan guru-guru kelas.

Selasa, Julai 07, 2009

Hadiah Galakan UBB3

Ujian Pertengahan Tahun telah berlangsung pada akhir Jun lalu iaitu pada 22, 23 dan 24 Jun. Setelah dibuat analisa pencapaian pelajar oleh SU, kami telah berjaya meningkatkan pencapaian terutama bagi pelajar UPSR berbanding UBB2 April.

PK1 telah menyediakan hadiah berupa RM 10 dan RM 5 kepada para pelajar yang berjaya mencapai 5A dan 4A dalam UBB tersebut sebagai hadiah
galakan. Hadiah galakan ini telah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar pada hari Ahad lepas. Tahniah dan terima kasih.

Guru Besar sedang menyampaikan sijil galakan

Sebenarnya kami masih belum mencapai sasaran untuk UPSR tahun ini iaitu 75% lulus pencapaian am dan 35 pelajar mendapat 5A dalam matapelajaran teras.

 

logo skg