Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, Julai 26, 2009

Kursus Pra Rambu

Kumpulan Pengakap Tumpat telah menganjurkan Kursus Pra Rambu bagi anggota pengakap sekolah-sekolah Daerah Tumpat. Kursus yang dikhaskan kepada anggota pengakap kanak-kanak ini telah di adakan di Kem Kok Keli, Tumpat dari 23.07.09 hingga 25.07.09 yang lalu. Para peserta mendaftarkan diri pada hari Khamis jam 2.00 petang, selepas waktu persekolahan.

Siap!

Seramai 234 pelajar terlibat terdiri dari 130 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan.

Pertandingan memasak.

Pasukan pengakap SK Geting turut menyertai kursus ini dengan menghantar 20 orang peserta yang terdiri dari 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Para pelajar diiringi oleh guru pengakap Cikgu Razali Yusuf, Cikgu Zambri dan tidak ketinggalan PK 1 yang juga merupakan Pesuruhjaya Pengakap Tumpat.

 

logo skg