Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, Julai 27, 2009

Lawatan Ke Terengganu '09

Pelajar-pelajar SK Geting telah mengadakan satu lawatan ke Terengganu pada 25.07.09, hari Sabtu yang lepas. Lawatan ini dianjur dan dikelolakan oleh AJK UPSR sekolah dikendalikan oleh PK 1 dan Cikgu Hanapiah. Lawatan ini merupakan satu hadiah galakan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UBB Setengah Tahun yang lepas.

Seramai 30 orang pelajar terdiri dari 14 lelaki dan 16 perempuan mengikuti lawatan ini. Mereka diiringi dan dikawal selia oleh 7 orang guru pengiring. Beberapa orang guru sanggup memandu menggunakan kenderaan sendiri dan membawa keluarga bersama ke Terengganu ini.

Di antara tempat-tempat yang sempat dilawati oleh pelajar kali ini ialah Masjid Terapung, Muzium Terengganu, Masjid Kristal, Pasar Payang, Pantai Penarik dan kilang membuat keropok yang terletak di Kampung Losong.

Bas yang membawa pelajar dalam lawatan sambil belajar ke Terengganu ini bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba kembali dari lawatan pada pukul 11.00 malam. Para pelajar telah sedia dinanti oleh keluarga masing-masing di pekarangan sekolah.

Terima Kasih kepada Siti Nur Shahirah (6 Jaya) yang membekalkan gambar-gambar ini.

Kata PK 1, lawatan seterusnya ialah ke Kuala Lumpur. (Bergantung kepada keputusan UPSR nanti).

 

logo skg