Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, Julai 13, 2009

Majlis Mesra Akademik

Hampir kesemua ibu bapa penjaga hadir pada majlis yang diadakan pada 12 Jun 2009 lalu. Majlis penyerahan keputusan UBB ini diadakan selepas UBB Pertengahan Tahun. Keputusan mengadakan majlis ini pada hari Ahad adalah kerana kebetulan pasar minggu diadakan berdekatan dengan pintu pagar sekolah. Sambil ke sekolah dapat juga ibu bapa penjaga ke pasar minggu untuk membeli keperluan.

Guru-guru J-Qaf ditugaskan mendaftar kehadiran ibu bapa penjaga.

SK Geting hingga kini mempunyai seramai 1124 pelajar terdiri dari 523 pelajar lelaki dan 525 pelajar perempuan tidak termasuk 25 pelajar prasekolah dan 16 pelajar PKBP.

Walau pun majlis bermula pada jam 9.00 pagi, tetapi sesetengah ibu bapa penjaga datang lebih awal ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka. Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana perihatin terhadap anak-anak.

Walau pun Guru Besar tiada di sekolah kerana mempunyai tugasan di luar, majlis berlangsung dengan lancar dengan kerjasama PK1, PK HEM, Cikgu Razali Yusuff dan guru-guru kelas.

 

logo skg