PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, Ogos 31, 2009

Tanggal 31




Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia bangsaku merdeka


Lagu dan lirik : Ahmad CB

Ahad, Ogos 30, 2009

Bantuan KWAPM dan eKasih

Petang tadi berlangsung program penyampaian bantuan KWAMP dan bantuan eKasih di Dewan Haji Ahmad, SK Geting. Program kali ini dirancangkan di sebelah petang tidak seperti biasa bila ianya selalu dilangsungkan pada sebelah malam. Maklum saja kerana bila malam nanti masing-masing ke masjid atau surau mengerjakan solat terawih.

Majlis kali ini juga disertakan dengan jamuan berbuka puasa yang diadakan di kantin sekolah.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Hari Kebangsaan Ke 52

Logo 1Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Lagu 1Malaysia


Komposer : Nik Nizam/Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani (Lokgha)


Berdiri,
Teguh di bumi nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan


Perpaduan,
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama

Kejayaan,
Kita bangunkan satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

**
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara

Rakyat Malaysia taat setia

Repeat **

Satu Malaysia Untuk Semua.

Sumber : Laman Sesawang KPKK


Pelancaran Logo dan Lagu 1Malaysia telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2009 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.


Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu wawasan Kerajaan bagi mengukuhkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


Info Merdeka

2009 - SATU MALAYSIA
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2006 - KERANAMU MALAYSIA
2005 - KERANAMU MALAYSIA
2004 - KERANAMU MALAYSIA
2003 - KERANAMU MALAYSIA
2002 - KERANAMU MALAYSIA
2001 - KERANAMU MALAYSIA
2000 - KERANAMU MALAYSIA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1991 - WAWASAN 2020
1990 - BERJAYA
1989 - BERSATU
1988 - BERSATU
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1977 - BERSATU MAJU
1976 - KETAHANAN RAKYAT

Jumaat, Ogos 21, 2009

Solat Hajar UPSR 09

Hari Rabu yang lalu, kami mengadakan solat hajat perdana memohon kejayaan dalam UPSR nanti. Majlis diadakan di Dewan Haji Ahmad dengan dihadiri oleh pentadbir, guru-guru, ibubapa penjaga dan para pelajar yang akan menduduki UPSR.

Menunggu kehadiran jemaah serta azan Maghrib

Selepas Solat Maghrib berjemaah, kami sama-sama mengerjakan Solat Hajat dan bacaan Surah Yasin. Selesai membaca surah Yasin dan sementara menunggu Solat Isyak, majlis menjemput En. Ismail Mohamed, PPPD Tumpat yang juga 'Tok Penghulu' SK Geting menyampaikan sedikit ucapan dan nasihat terakhir kepada jemaah yang hadir.

En. Ismail menyampaikan ucapan sementara menanti Solat Isyak

Selesai semuanya, kantin pula yang menjadi tumpuan. Sedikit jamuan ringan disdiakan untuk jemaah yang hadir. Jamuan berbagai jenis ini disediakan oleh ibubapa penjaga pelajar yang dibawa dari rumah masing-masing. Juadah yang berbagai-bagai.

Jamuan ringan dibawa dan disediakan oleh ibubapa penjaga

Khamis, Ogos 20, 2009

Pasukan Taekwando Cemerlang Lagi

Ramai warga SK Geting yang melahirkan rasa kagum dan bangga dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pasukan taekwando sekolah. Dalam diam-diam, pasukan ini sekali lagi membawa berita gembira serta beberapa butir pingat kemenangan dari pertandingan yang disertai mereka.

Sebahagian dari anggota pasukan bersama Cikgu Hanapiah

Seramai 9 peserta diketuai oleh adik Nur Shahirah yang selalu mencetuskan gerun lawan berjaya membawa pulang pingat kemenangan.


Sabtu, Ogos 15, 2009

Aktiviti Hari Sabtu

Semalam cuti Jumaat. Hari ni Sabtu. Besok Ahad - sekolah lagi. Dan besok juga akan sibuk dengan markah UBB Ogos serta Markah Percubaan UPSR. PPD Tumpat minta markah dihantar pada hari Isnin. Harap-harap guru-guru SK Geting dapat menyiapkannya!

Hari ni Sabtu. Ada beberapa aktiviti yang dijalankan di sekolah. Guru-guru KAFA bersama pelajar-pelajar mereka dengan aktiviti Kem Bestari Solat. Mengajar dan mendidik para pelajar, selain dari pelajar Tahun 6, cara-cara mengambil wuduk dan mengerjakan solat.

Pelajar-pelajar Tahun 6 pula bersama ibu bapa penjaga berkumpul di Dewan Haji Ahmad mengikuti Majlis Motivasi Ibubapa dan Murid Tahun 6 yang disampaikan oleh En. Ghazali bin Salleh, seorang penceramah motivasi dari SMK Long Gafar, Kota Bharu. Kelantan.

Guru-guru SK Geting pula mengikuti Kursus LDP yang bertajuk Motivasi Keibubapaan dan Kecemerlangan Dalam Pendidikan. Di bawah kelolaan Cikgu Ruzuki Ali, penyelaras unit LDP sekolah dan dengan kerjasama pihak pentadbir, kursus ini berlangsung dengan baik dan lancar.

Makan minum disediakan di kantin untuk semua yang hadir. ( Bagus juga sebab turun dari rumah pagi tadi, belum sempat makan )

Minggu depan, Sabtu, Insyaallah kita akan mengerjakan ibadat puasa.

Selasa, Ogos 11, 2009

Hiasan Dinding

Keceriaan sekolah merupakan perkara yang sentiasa diberi perhatian utama oleh Guru Besar kami selepas kecemerlangan di bidang akademik. Baru-baru ini, beberapa mural telah disiapkan di beberapa lokasi sekolah untuk mengubah pandangan terutama di laluan utama seperti tangga. Kami mendapatkan khidmat Ali Wan, yang begitu popular di kalangan sekolah-sekolah untuk melukis lukisan-lukisan ini.

Mural di tangga ke pejabat sekolah


Mural di kantin


Mural berdekatan dengan bilik BOSS


Mural di tangga berdekatan bilik sukan


Mural di dinding bangunan lama berdekatan tapak perhimpunan

Beberapa kawasan rehat pelajar juga diberi sentuhan baru dan disediakan kerusi dan meja batu. Kerja-kerja di kawasan ini pula dibuat oleh pekerja-pekerja sekolah.

Isnin, Ogos 10, 2009

Percubaan UPSR 09

bHari ini bermula Ujian Percubaan yang diadakan serentak bagi pelajar yang akan menduduki UPSR seluruh negeri Kelantan. Seramai 208 orang pelajar dari SK Geting menduduki ujian ini terdiri dari 113 pelajar lelaki dan 95 pelajar perempuan.

Pelajar UPSR bersama Guru Besar dan Ust Mad

Seawal 7.30 pagi, Guru Besar dan Ustaz Ahmad telah menghimpunkan para pelajar di gelanggang badminton untuk memberi taklimat dan nasihat akhir disamping bacaan doa. Cikgu Hanapiah pula nampak sibuk di dewan bersama pengawas bertugas.

Untuk Ujian Percubaan ini, Zon Pengkalan Kubor membuat pertukaran pengawas peperiksaan di mana 4 orang guru SK Geting terlibat setiap hari. Kami membuat giliran tugas dan kesemuanya 12 orang guru terlibat untuk 3 hari ujian.

Harapannya semoga pelajar SK Geting berjaya dengan cemerlang kali ini dan seterusnya di UPSR nanti yang akan diadakan pada 8,9 dan 10 September 2009.

Serentak dengan Ujian Percubaan ini juga berlangsung UBB 4 ( Ogos ) bagi pelajar-pelajar Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5.

Rabu, Ogos 05, 2009

Program Tunas Gemilang

Program yang dijalankan pada 04.08.09 ini merupakan anjuran Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Bahagian Sukan dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan mengenal pasti bakat sukan dan tahap kecergasan pelajar-pelajar sekolah.

Lari Ulang Alik 10M

Lanjutan daripada program ini nanti, kanak-kanak yang cemerlang dalam sesi ujian akan diketengahkan ke peringkat yg seterusnya iaitu Program Sukan Muda Multi Lateral, di mana kanak-kanak yang cemerlang akan melalui latihan kemahiran asas sukan selama 2-5 tahun.

Lari Pecut 20M

Seramai 300 pelajar SK Geting dari tahun 3, 4, 5 dan 6 terlibat dalam program ini yang bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Cikgu Ghani sebagai SU Sukan dibantu oleh 15 orang guru sebagai penguji.

Duduk Lontar Bola Keranjang

Beberapa setesen dipilih untuk menjalankan ujian-ujian ini mengikut kesesuaian. Ujian-ujian tersebut yang dijalankan termasuklah Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 10M X 4, Lari Pecut 20M dan Duduk Lontar Bola Keranjang.

Lompat Jauh Berdiri

Minuman ringan disediakan kepada guru-guru penguji sepanjang ujian ini berlangsung. Program turut dipantau oleh wakil dari ISN.

 

logo skg