Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, Ogos 15, 2009

Aktiviti Hari Sabtu

Semalam cuti Jumaat. Hari ni Sabtu. Besok Ahad - sekolah lagi. Dan besok juga akan sibuk dengan markah UBB Ogos serta Markah Percubaan UPSR. PPD Tumpat minta markah dihantar pada hari Isnin. Harap-harap guru-guru SK Geting dapat menyiapkannya!

Hari ni Sabtu. Ada beberapa aktiviti yang dijalankan di sekolah. Guru-guru KAFA bersama pelajar-pelajar mereka dengan aktiviti Kem Bestari Solat. Mengajar dan mendidik para pelajar, selain dari pelajar Tahun 6, cara-cara mengambil wuduk dan mengerjakan solat.

Pelajar-pelajar Tahun 6 pula bersama ibu bapa penjaga berkumpul di Dewan Haji Ahmad mengikuti Majlis Motivasi Ibubapa dan Murid Tahun 6 yang disampaikan oleh En. Ghazali bin Salleh, seorang penceramah motivasi dari SMK Long Gafar, Kota Bharu. Kelantan.

Guru-guru SK Geting pula mengikuti Kursus LDP yang bertajuk Motivasi Keibubapaan dan Kecemerlangan Dalam Pendidikan. Di bawah kelolaan Cikgu Ruzuki Ali, penyelaras unit LDP sekolah dan dengan kerjasama pihak pentadbir, kursus ini berlangsung dengan baik dan lancar.

Makan minum disediakan di kantin untuk semua yang hadir. ( Bagus juga sebab turun dari rumah pagi tadi, belum sempat makan )

Minggu depan, Sabtu, Insyaallah kita akan mengerjakan ibadat puasa.

2 komen :

bagus progam yang dilaksanakan.Tahniah kpd guru yang hadir wpun hari xkerja

ya tahniah. tp kalu leh klim elaun lbh masa ngan tambang, lg la bugus. kan? hehehe...

 

logo skg