Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Jumaat, Ogos 28, 2009

Hari Kebangsaan Ke 52

Logo 1Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.



Lagu 1Malaysia


Komposer : Nik Nizam/Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani (Lokgha)


Berdiri,
Teguh di bumi nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan


Perpaduan,
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama

Kejayaan,
Kita bangunkan satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

**
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara

Rakyat Malaysia taat setia

Repeat **

Satu Malaysia Untuk Semua.

Sumber : Laman Sesawang KPKK


Pelancaran Logo dan Lagu 1Malaysia telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2009 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.


Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu wawasan Kerajaan bagi mengukuhkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


Info Merdeka

2009 - SATU MALAYSIA
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2006 - KERANAMU MALAYSIA
2005 - KERANAMU MALAYSIA
2004 - KERANAMU MALAYSIA
2003 - KERANAMU MALAYSIA
2002 - KERANAMU MALAYSIA
2001 - KERANAMU MALAYSIA
2000 - KERANAMU MALAYSIA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1991 - WAWASAN 2020
1990 - BERJAYA
1989 - BERSATU
1988 - BERSATU
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1977 - BERSATU MAJU
1976 - KETAHANAN RAKYAT

 

logo skg