Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, Ogos 10, 2009

Percubaan UPSR 09

bHari ini bermula Ujian Percubaan yang diadakan serentak bagi pelajar yang akan menduduki UPSR seluruh negeri Kelantan. Seramai 208 orang pelajar dari SK Geting menduduki ujian ini terdiri dari 113 pelajar lelaki dan 95 pelajar perempuan.

Pelajar UPSR bersama Guru Besar dan Ust Mad

Seawal 7.30 pagi, Guru Besar dan Ustaz Ahmad telah menghimpunkan para pelajar di gelanggang badminton untuk memberi taklimat dan nasihat akhir disamping bacaan doa. Cikgu Hanapiah pula nampak sibuk di dewan bersama pengawas bertugas.

Untuk Ujian Percubaan ini, Zon Pengkalan Kubor membuat pertukaran pengawas peperiksaan di mana 4 orang guru SK Geting terlibat setiap hari. Kami membuat giliran tugas dan kesemuanya 12 orang guru terlibat untuk 3 hari ujian.

Harapannya semoga pelajar SK Geting berjaya dengan cemerlang kali ini dan seterusnya di UPSR nanti yang akan diadakan pada 8,9 dan 10 September 2009.

Serentak dengan Ujian Percubaan ini juga berlangsung UBB 4 ( Ogos ) bagi pelajar-pelajar Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5.

 

logo skg