Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, Ogos 05, 2009

Program Tunas Gemilang

Program yang dijalankan pada 04.08.09 ini merupakan anjuran Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Bahagian Sukan dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan mengenal pasti bakat sukan dan tahap kecergasan pelajar-pelajar sekolah.

Lari Ulang Alik 10M

Lanjutan daripada program ini nanti, kanak-kanak yang cemerlang dalam sesi ujian akan diketengahkan ke peringkat yg seterusnya iaitu Program Sukan Muda Multi Lateral, di mana kanak-kanak yang cemerlang akan melalui latihan kemahiran asas sukan selama 2-5 tahun.

Lari Pecut 20M

Seramai 300 pelajar SK Geting dari tahun 3, 4, 5 dan 6 terlibat dalam program ini yang bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Cikgu Ghani sebagai SU Sukan dibantu oleh 15 orang guru sebagai penguji.

Duduk Lontar Bola Keranjang

Beberapa setesen dipilih untuk menjalankan ujian-ujian ini mengikut kesesuaian. Ujian-ujian tersebut yang dijalankan termasuklah Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 10M X 4, Lari Pecut 20M dan Duduk Lontar Bola Keranjang.

Lompat Jauh Berdiri

Minuman ringan disediakan kepada guru-guru penguji sepanjang ujian ini berlangsung. Program turut dipantau oleh wakil dari ISN.

 

logo skg