Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Jumaat, Ogos 21, 2009

Solat Hajar UPSR 09

Hari Rabu yang lalu, kami mengadakan solat hajat perdana memohon kejayaan dalam UPSR nanti. Majlis diadakan di Dewan Haji Ahmad dengan dihadiri oleh pentadbir, guru-guru, ibubapa penjaga dan para pelajar yang akan menduduki UPSR.

Menunggu kehadiran jemaah serta azan Maghrib

Selepas Solat Maghrib berjemaah, kami sama-sama mengerjakan Solat Hajat dan bacaan Surah Yasin. Selesai membaca surah Yasin dan sementara menunggu Solat Isyak, majlis menjemput En. Ismail Mohamed, PPPD Tumpat yang juga 'Tok Penghulu' SK Geting menyampaikan sedikit ucapan dan nasihat terakhir kepada jemaah yang hadir.

En. Ismail menyampaikan ucapan sementara menanti Solat Isyak

Selesai semuanya, kantin pula yang menjadi tumpuan. Sedikit jamuan ringan disdiakan untuk jemaah yang hadir. Jamuan berbagai jenis ini disediakan oleh ibubapa penjaga pelajar yang dibawa dari rumah masing-masing. Juadah yang berbagai-bagai.

Jamuan ringan dibawa dan disediakan oleh ibubapa penjaga

 

logo skg