PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, September 30, 2009

Majlis Hari Raya 2009

Kita masih lagi dalam mood hari raya. Hari ini SK Geting mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Walau pun kami mengadakan majlis mengikut kelas, ianya tetap meriah. Para pelajar dan guru-guru hadir dengan memakai baju raya yang berwarna-warni.


Majlis sambutan hari raya yang diadakan mengikut kelas ini diuruskan oleh guru-guru kelas bersama pelajar masing-masing. Guru-guru yang tidak menguruskan kelas pula bolehlah berkunjung ke kelas-kelas untuk berhari raya.

Makan minum disediakan oleh guru-guru dan juga dibawa oleh pelajar dari rumah masing-masing. Jamuan khas untuk guru juga disediakan dengan menu nasi ayam. Best (sebab free).


Hari ini kami ada DJ yang menyiarkan lagu-lagu raya diiringi dengan permintaan dan ucapan oleh pelajar, guru dan warga kantin. Tahniah kepada Cikgu Hanapiah yang menjayakan program lagu-lagu permintaan ini. Beliau bersama Cikgu Razali dan Cikgu Zulkifli bergilir-gilir sebagai DJ bertugas.

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf Zahir Batin.

Ahad, September 27, 2009

Zaman Dah Berubah - Dunia Dah Maju

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga pendidik. Maaf Zahir Batin.

Hari pertama ini dimulai dengan jamuan hari raya oleh pemajak kantin sekolah. Makan free kami hari ini. Terima kasih Tok Wan. Hujung tahun nanti boleh buat jamuan sekali lagi. Kami tak kisah makan percuma ni, walau pun beberapa kali.

Bermula minggu ini guru-guru Tahun 6 ( yang baru saja lepas beban UPSR ) akan mula sibuk dengan aktiviti dan program yang telah dirancang dan disusun oleh SU UPSR. Guru-guru kelas Tahun 6 pula ada yang akan sibuk dengan pendaftaran pelajar ke sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah pilihan. Dengan internet sekolah yang lembab seperti siput, nampak gayanya guru-guru terpaksa menggunakan internet di rumah dan masa rehat di malam hari untuk menyiapkan kerja. Mungkin ada yang perlu ke kafe internet berdekatan. Harapan kami agar sistem pendaftaran ke sekolah berasrama penuh tidak seperti sistem pendaftaran UPSR 2010 yang amat menyedihkan, yang telah banyak membuang masa, tenaga dan RM SU Peperiksaan di seluruh negara.

Minggu terakhir September ini juga menjadi sibuk dengan permohonan guru-guru yang ingin bertukar. Permohonan pertukaran perlu melalui e-GTukar yang disediakan. Sistemnya mudah. Tahniah dan terima kasih. Cuma talian internet sekolah yang terlalu lembab sahaja yang memberi masalah kepada guru-guru.

Untuk menambahkan lagi beban, internet yang dibekalkan di sekolah TIDAK dapat digunakan di hari cuti. TIDAK DAPAT DIGUNAKAN DI HARI CUTI. Kenapa? ( Soalan cepumas ni. Siapa dapat jawab? ) Sama ada hari Jumaat atau Sabtu di hujung minggu atau di musim cuti sekolah keadaannya sama sahaja. Ucapan takziah kepada pihak yang membekalkan kemudahan internet ke sekolah. Tahniah kepada guru-guru yang mahu dan sanggup mengorbankan hari cuti untuk menyiapkan tugasan yang berderet.

Banyak kerja perlu diselesaikan dengan internet di akhir-akhir ini. Semua nak cepat. Semua nak canggih. Tapi akhirnya menjadi semakin lambat dan merugikan. Adakah kita perlu menunggu sehingga 10 tahun lagi untuk mendapat apa yang telah dinikmati oleh orang lain sekarang ini.

Zaman dah berubah. Dunia dah maju. Kita?

Selasa, September 15, 2009

Sumbangan Untuk Anak Yatim

Ramadhan semakin meninggalkan kita sementara Syawal pula semakin menjelma. Ketibaan Syawal juga bermakna ketibaan hari raya, hari kemenangan dan kegembiraan bagi seluruh umat Islam.

Guru Besar sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penjaga

Untuk berkongsi kegembiraan ini, kami di SK Geting tidak melupakan para pelajar yang ketiadaan ibu atau bapa. Pelajar anak-anak yatim yang belajar di sini dihulurkan sumbangan, walau pun tidak besar jumlahnya, hasil dari kutipan dari warga sekolah dan orang persendirian di sekitar.

Tahun ini seramai 83 orang anak-anak yatim termasuk yatim piatu belajar di SK Geting dan layak menerima sumbangan. Majlis penyampaian sumbangan ini telah diadakan di Dewan Hj. Ahmad pada 15.09.2009 hari Selasa lepas. Jawatankuasa Kebajikan Murid telah menjemput ibu bapa penjaga pelajar terbabit ke sekolah untuk menerima sumbangan.

Guru Besar kami En. Ruzali Rashid telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada penjaga setiap pelajar yang hadir. Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 pagi itu tamat pada jam 10.30 pagi. Turut hadir menyertai majlis ialah PK Pentadbiran, PK HEM, Guru Bimbngan dan Kaunseling dan Bendahari Tabung Kebajikan Murid.


Semoga kita semua dirahmati Allah.

Rabu, September 09, 2009

Semalam, Hari Ini dan Besok

Semalam bermulanya UPSR bagi pelajar Tahun 6. Kami menggunakan sebuah dewan dan 2 buah kelas untuk menempatkan calon seramai 208 orang terdiri dari 113 orang pelajar lelaki dan 95 orang pelajar perempuan.

Berdoa sebelum masuk ke dewan.

Pada hari pertama semalam juga 3 calon SK Geting terpaksa menjawab kertas soalan dalam kurantin. Seorang muntah-muntah dan menduduki upsr di hospital manakala 2 orang lagi masing-masing demam dan sakit mata, menduduki ujian di bilik khas yang disediakan di sekolah.

Seawal 7.30 pagi, pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mendengar nasihat dan amanat terakhir dari guru-guru. Pihak sekolah juga menjemput ibu bapa penjaga ( yang mempunyai kelapangan ) untuk sama-sama mengerjakan solat hajat di sekolah dan membaca surah Yasin ketika anak-anak jagaan menjawab soalan di dewan. Pemandangan sebegini dapat dilihat setiap tahun menjelang UPSR.

Ibu bapa penjaga bersama guru-guru menuju surau untuk mengerjakan solat hajat.

Hari ini, hari kedua ujian, para pelajar masih juga berkumpul di tapak perhimpunan di awal pagi sementara menunggu masa ujian sambil mendengar nasihat dan pesanan guru. Ibu bapa penjaga masih juga datang untuk sama-sama mengerjakan solat hajat dan membaca surah Yasin. Ujian berjalan lancar hari ini dengan seorang calon masih menduduki ujian di bilik kurantin dengan diawasi oleh seorang pengawas.

Besok juga akan dapat melihat situasi yang sama. Guru-guru dan ibu bapa penjaga di sini sememangnya memberi sepenuh perhatian, tenaga dan masa untuk kecemerlangan anak-anak. Harapan kami agar ujian untuk hari besok juga akan berjalan lancar.

Isnin, September 07, 2009

Majlis Izin Ilmu

"Kami terima, cikgu!" Laungan penuh semangat dari para pelajar Tahun 6 yang sedang berdiri di bahagian belakang tapak perhimpunan.

Laungan ini merupakan acara kemuncak di Majlis Izin Ilmu yang kami adakan saban tahun menjelang UPSR. Majlis ini dimulakan dengan acara biasa perhimpunan pagi Ahad dengan diselitkan sedikit acara Kuiz Ramadhan oleh Ustaz Haris.

Pelajar Tahun 6 berdiri di belakang.

"Saya, Cikgu Ruzuki bin Ali, mewakili guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu, dengan ini mengizinkan dan menghalalkan segala ilmu yang kami ajarkan selama ini dan akan datang untuk kamu gunakan di dalam peperiksaan nanti dan sebagai bekalan kamu dunia dan akhirat." Cikgu Ruzuki mengetuai semua ketua panitia matapelajaran UPSR termasuk Pendidikan Agama Islam. Ketua panitia setiap matapelajaran mewakili guru-guru matapelajaran mengizinkan ilmu kepada para pelajar.

Terima kasih cikgu.

Dalam majlis perhimpunan ini juga, Guru Besar menyampaikan hadiah galakan berupa RM10.00 seorang kepada pelajar yang mendapat 5A dalam ujian p
ercubaan yang baru lalu. Pelajar yang mendapat 4A pula menerima RM5.00 seorang.

Walau pun pada mulanya pembesar suara gagal berfungsi tetapi dapat diuruskan dengan cekap oleh Cikgu Tuan Adnan dan Cikgu Zamri. Tahniah.

Acara Bersalaman.

Majlis berakhir dengan acara bersalaman antara pelajar dan semua guru. Setiap pelajar bergerak mengikut kelas untuk bersalaman dengan guru-guru yang berbaris di depan pentas.

PK1 menyampaikan beberapa arahan untuk disampaikan kepada ibu bapa penjaga.

Sabtu, September 05, 2009

Senarai Semak UPSR 2009

Ada apa-apa yang belum siap?

SIAP
PERKARA
TARIKH
X
taklimat pendaftaran upsr
10-Feb
X
sijil lahir - jilid
12-Feb
X
key-in pendaftaran
19-Feb
X
semak oleh guru
21-Feb
X
semak oleh ibu bapa
21-Feb
X
hantar disket pendaftaran
2-Mar
X
kemasukan data sekolah
2-Mar
X
gambar calon
1-Jun
X
tanda tangan calon
1-Jun
X
tampal gambar
1-Jun
X
tanda tangan GB
15-Jun
X
jilid borang akuan calon
25-Jun
X
borang akuan calon
1-Jul
X
tutup tukar status
31-Jul
X
markah kerja kursus
10-Aug
X
markah PAFA
10-Aug
X
alat tulis - solat hajat
1-Sep
X
edar jadual
1-Sep
X
asing kertas objektif
5-Sep
X
susun meja
6-Sep
X
cetak label meja
6-Sep
X
tampal label meja
6-Sep
X
meja tenggek - 7 - dewan
6-Sep
X
meja tenggek - 1 - kelas
6-Sep
X
tampal jadual, plan (pintu depan)
6-Sep
X
fotostat jadual - 10 copy
6-Sep
X
fotostat plan - 10 copy (t.t. GB)
6-Sep
X
tali
6-Sep
X
pisau
6-Sep
X
gam
6-Sep
X
gunting
6-Sep
X
borang pembetulan maklumat calon
6-Sep
X
SIMPAN TONG UPSR
6-Sep

markah percubaan - hantar
16-Sep

salinan nama, angka giliran utk PK HEM
20-Sep
X
borang akuan calon untuk calon - asal, tambahan, cicir



Semoga semua akan berjalan lancar. InsyaAllah.

 

logo skg