Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, September 07, 2009

Majlis Izin Ilmu

"Kami terima, cikgu!" Laungan penuh semangat dari para pelajar Tahun 6 yang sedang berdiri di bahagian belakang tapak perhimpunan.

Laungan ini merupakan acara kemuncak di Majlis Izin Ilmu yang kami adakan saban tahun menjelang UPSR. Majlis ini dimulakan dengan acara biasa perhimpunan pagi Ahad dengan diselitkan sedikit acara Kuiz Ramadhan oleh Ustaz Haris.

Pelajar Tahun 6 berdiri di belakang.

"Saya, Cikgu Ruzuki bin Ali, mewakili guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu, dengan ini mengizinkan dan menghalalkan segala ilmu yang kami ajarkan selama ini dan akan datang untuk kamu gunakan di dalam peperiksaan nanti dan sebagai bekalan kamu dunia dan akhirat." Cikgu Ruzuki mengetuai semua ketua panitia matapelajaran UPSR termasuk Pendidikan Agama Islam. Ketua panitia setiap matapelajaran mewakili guru-guru matapelajaran mengizinkan ilmu kepada para pelajar.

Terima kasih cikgu.

Dalam majlis perhimpunan ini juga, Guru Besar menyampaikan hadiah galakan berupa RM10.00 seorang kepada pelajar yang mendapat 5A dalam ujian p
ercubaan yang baru lalu. Pelajar yang mendapat 4A pula menerima RM5.00 seorang.

Walau pun pada mulanya pembesar suara gagal berfungsi tetapi dapat diuruskan dengan cekap oleh Cikgu Tuan Adnan dan Cikgu Zamri. Tahniah.

Acara Bersalaman.

Majlis berakhir dengan acara bersalaman antara pelajar dan semua guru. Setiap pelajar bergerak mengikut kelas untuk bersalaman dengan guru-guru yang berbaris di depan pentas.

PK1 menyampaikan beberapa arahan untuk disampaikan kepada ibu bapa penjaga.

 

logo skg