Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, September 09, 2009

Semalam, Hari Ini dan Besok

Semalam bermulanya UPSR bagi pelajar Tahun 6. Kami menggunakan sebuah dewan dan 2 buah kelas untuk menempatkan calon seramai 208 orang terdiri dari 113 orang pelajar lelaki dan 95 orang pelajar perempuan.

Berdoa sebelum masuk ke dewan.

Pada hari pertama semalam juga 3 calon SK Geting terpaksa menjawab kertas soalan dalam kurantin. Seorang muntah-muntah dan menduduki upsr di hospital manakala 2 orang lagi masing-masing demam dan sakit mata, menduduki ujian di bilik khas yang disediakan di sekolah.

Seawal 7.30 pagi, pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mendengar nasihat dan amanat terakhir dari guru-guru. Pihak sekolah juga menjemput ibu bapa penjaga ( yang mempunyai kelapangan ) untuk sama-sama mengerjakan solat hajat di sekolah dan membaca surah Yasin ketika anak-anak jagaan menjawab soalan di dewan. Pemandangan sebegini dapat dilihat setiap tahun menjelang UPSR.

Ibu bapa penjaga bersama guru-guru menuju surau untuk mengerjakan solat hajat.

Hari ini, hari kedua ujian, para pelajar masih juga berkumpul di tapak perhimpunan di awal pagi sementara menunggu masa ujian sambil mendengar nasihat dan pesanan guru. Ibu bapa penjaga masih juga datang untuk sama-sama mengerjakan solat hajat dan membaca surah Yasin. Ujian berjalan lancar hari ini dengan seorang calon masih menduduki ujian di bilik kurantin dengan diawasi oleh seorang pengawas.

Besok juga akan dapat melihat situasi yang sama. Guru-guru dan ibu bapa penjaga di sini sememangnya memberi sepenuh perhatian, tenaga dan masa untuk kecemerlangan anak-anak. Harapan kami agar ujian untuk hari besok juga akan berjalan lancar.

 

logo skg