Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, September 27, 2009

Zaman Dah Berubah - Dunia Dah Maju

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga pendidik. Maaf Zahir Batin.


Hari pertama ini dimulai dengan jamuan hari raya oleh pemajak kantin sekolah. Makan free kami hari ini. Terima kasih Tok Wan. Hujung tahun nanti boleh buat jamuan sekali lagi. Kami tak kisah makan percuma ni, walau pun beberapa kali.

Bermula minggu ini guru-guru Tahun 6 ( yang baru saja lepas beban UPSR ) akan mula sibuk dengan aktiviti dan program yang telah dirancang dan disusun oleh SU UPSR. Guru-guru kelas Tahun 6 pula ada yang akan sibuk dengan pendaftaran pelajar ke sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah pilihan. Dengan internet sekolah yang lembab seperti siput, nampak gayanya guru-guru terpaksa menggunakan internet di rumah dan masa rehat di malam hari untuk menyiapkan kerja. Mungkin ada yang perlu ke kafe internet berdekatan. Harapan kami agar sistem pendaftaran ke sekolah berasrama penuh tidak seperti sistem pendaftaran UPSR 2010 yang amat menyedihkan, yang telah banyak membuang masa, tenaga dan RM SU Peperiksaan di seluruh negara.

Minggu terakhir September ini juga menjadi sibuk dengan permohonan guru-guru yang ingin bertukar. Permohonan pertukaran perlu melalui e-GTukar yang disediakan. Sistemnya mudah. Tahniah dan terima kasih. Cuma talian internet sekolah yang terlalu lembab sahaja yang memberi masalah kepada guru-guru.

Untuk menambahkan lagi beban, internet yang dibekalkan di sekolah TIDAK dapat digunakan di hari cuti. TIDAK DAPAT DIGUNAKAN DI HARI CUTI. Kenapa? ( Soalan cepumas ni. Siapa dapat jawab? ) Sama ada hari Jumaat atau Sabtu di hujung minggu atau di musim cuti sekolah keadaannya sama sahaja. Ucapan takziah kepada pihak yang membekalkan kemudahan internet ke sekolah. Tahniah kepada guru-guru yang mahu dan sanggup mengorbankan hari cuti untuk menyiapkan tugasan yang berderet.

Banyak kerja perlu diselesaikan dengan internet di akhir-akhir ini. Semua nak cepat. Semua nak canggih. Tapi akhirnya menjadi semakin lambat dan merugikan. Adakah kita perlu menunggu sehingga 10 tahun lagi untuk mendapat apa yang telah dinikmati oleh orang lain sekarang ini.

Zaman dah berubah. Dunia dah maju. Kita?

 

logo skg