PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, Oktober 31, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan

Majlis penutup Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan pada 29.10.2009 hari Khamis bertempat di Dewan Hj Ahmad. Penolong Kanan Pentadbiran En. Abdullah bin Salleh P.B. sebagai Pengerusi kempen telah menyampaikan ucapan dimajlis ini.

Kempen yang telah dilancarkan pada hari Ahad 23.10.2009 lepas sampai ke penghujungnya hari ini. Sepanjang kempen, semangat para pelajar begitu ketara apabila telah mencuba sedaya upaya menggunakan Bahasa Kebangsaan walau pun seringkali kedengaran dialek Kelantan dalam pertuturan mereka.

Sepanjang kempen ini juga berbagai acara telah disusun oleh AJK Bulan Bahasa Kebangsaan yang diketuai oleh Cikgu Ruzuki bin Ali. Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti pertandingan melukis, syarahan, deklamasi sajak dan bercerita.

Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan di penghujung majlis kepada para pemenang.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Rabu, Oktober 28, 2009

Jamuan Akhir Tahun

Kelab Guru Dan Kakitangan SKG pada tahun ini memilih 'New Horizon Garden Restaurant' sebagai lokasi jamuan akhir tahun yang diadakan pada 28.10.2009. Restoran yang terletak di jalan Pasir Mas - Kota Bharu ini menjadi pilihan kerana makanan dan harga yang bersesuaian dengan bajet kelab. Lokasi restoran ini juga menyenangkan perjalanan warga SKG kerana terletak di pinggir bandar Kota Bharu.

Meneruskan tradisi, Kelab Guru Dan Kakitangan SKG menyediakan berbagai hadiah kepada ahli yang hadir. Katagori terbaru yang disediakan ialah kedatangan paling awal, keterampilan paling menarik, kerusi terpilih dan pembayaran yuran di samping katagori biasa iaitu cabutan bertuah.

Kelab Guru Dan Kakitangan SKG menerima sumbangan secara peribadi dari beberapa orang guru dan beberapa kedai di sekitar di samping yuran ahli sebagai perbelanjaan majlis ini. Turut hadir bersama ialah AJK PIBG dan mantan PK HEM kami En. Kamal.

Dalam majlis ini juga, Kelab Guru Dan Kakitangan SKG turut menyampaikan sumbangan dan ucapan takziah kepada Cikgu Nornazawiyah atas kematian ayahandanya. Warga kelab juga mengucapkan selamat jalan dan selamat kembali nanti kepada beberapa orang ahli kelab yang akan menunaikan fardhu haji di tanah suci pada tahun ini.

Selasa, Oktober 27, 2009

Ujian Penilaian Kelas KAFA

Hari ini merupakan hari kedua pelajar-pelajar tahun lima SKG menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Sebanyak 6 kertas perlu dijawab oleh para pelajar meliputi Ulum Syariah, Sirah, Adab 1, Adab 2, Jawi dan Lughatul Quran. UPKK adalah di bawah penguruan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kelantan yang diketuai oleh Haji Ab. Razak bin Mat Saat.

Pelajar sedang tekun menjawab soalan

Ujian bertulis UPKK telah bermula pada 26.10.2009 dan akan berakhir pada 28.10.2009. Menurut Ustazah Pn. Jalilah, UPKK ini sebenarnya berlangsung sepanjang tahun dengan ujian lisan dan amali yang telah dimulai sejak Januari lagi. Untuk ujian bertulis yang dijalankan selama 3 hari ini, guru-guru fardhu ain telah bersama-sama mengawasi perjalanan ujian walaupun diadakan di sebelah pagi yang di luar dari kebiasaan mereka.

Guru-guru fardhu ain sedang mengawasi perjalanan ujian

SKG mempunyai seramai 193 pelajar di tahun 5 yang juga akan menduduki UPSR pada 2010 nanti. UPKK ini telah memberikan pengalaman yang pertama kepada mereka menjawab soalan di dewan peperiksaan.

Khamis, Oktober 22, 2009

Influenza A H1N1


Satu program ceramah kesihatan diadakan pada hari ini di Dewan Haji Ahmad, SKG. Perogram ini disasarkan kepada pelajar Tahun 5 dan 6. Aktiviti yang diadakan ialah mendengar ceramah dan kuiz.

MA Raja Adnan dan JM Nora dari Klinik Fasa 1 Pengkalan Kubor telah sudi hadir dalam program ini. Beberapa orang guru yang mengajar kelas-kelas berkaitan juga turut hadir.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Scrolling Marque Text

Tajuk hari ni dalam Bahasa Inggeris la. Ada kawan kita yang bertanya bagaimana nak buat tulisan sentiasa bergerak ke atas atau ke kiri. Scrolling text la maksud kawan kita ni.

Saya akan cuba tunjukkan bagaimana cara nak buat scrolling text ni. Sebelum tu kena la buka beberapa langkah kiri kanan dulu :
  1. Login ke akaun blogger
  2. Pilih 'Layout'
  3. Pada tab 'Page Elements' pilih 'Add a Gadget'
  4. Pilih 'HTML/JavaScript'
  5. Copy dan Pastekan code ini:

    <div align="center"><marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" width="90%" loop="true" onmouseout="this.start()" scrollamount="2"><center><strong><span style="color: rgb(0, 0, 0);"> TAJUK </span></strong>
    <p>
    </p>
    <span>
    Cara yang senang untuk membuat tulisan bergerak ke atas (bawah/kiri/kanan) berulang-ulang. </span></center></marquee></div>

    Contoh:


    TAJUK
    Cara yang senang untuk membuat tulisan bergerak ke atas (bawah/kiri/kanan) berulang-ulang.

  6. Dah siap kena 'SAVE' la
Buatlah perubahan pada 'text', 'width', atau apa-apa yang dirasakan perlu mengikut kesesuaian. Maksud saya text warna MERAH dalam script di atas tu. Apa-apa hal jadi ke, tak jadi ke, silalah komen. Otai-otai lama pun kalau sudi membantu, letak la komen sikit sebanyak. Dengan berbesar hati kami akan cuba belajar dan membuatnya.

Harap sahabat-sahabat blogger tolong tambah apa yang kurang di ruangan komen. Pertanyaan juga dialu-alukan.


"Komen Anda Memberi Semangat Dan Ilmu Kepada Setiap Blogger"

Selasa, Oktober 13, 2009

RIMUP 2009

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah diadakan di padang sekolah selama dua hari bermula semalam. Tahun ini SK Geting mengadakan perlawanan bola jaring dan bola sepak antara kelas termasuk jamuan hari raya yang telah diadakan sebelum ini.

RIMUP merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Walau pun SK Geting tidak mempunyai pelajar dari bangsa dan agama lain selain Melayu dan Islam, program ini tetap diadakan bagi memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu di kalangan pelajar.

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam teras satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama di kalangan semua rakyat yang ada dalam negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.

KONSEP

  • RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

  • Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Buat Blog Untuk Dapat Duit?

Dialog menarik dalam perjumpaan Kelab Komputer.

Murid:
Kalau kita buat blog, kita boleh dapat duit ke cikgu?

Cikgu:
Ya boleh kalau kena caranya. Tapi jangan pula letakkan harapan terlalu tinggi. Dan jangan juga harapkan bulan jatuh ke riba.

Murid:
Bukankah ada orang yang dah jadi kaya hanya dengan buat blog?

Cikgu:
Orang? Siapa? Boleh jadi kaya begitu saja? Awak jangan salah anggap. Banyak usaha yang perlu kita lakukan untuk berjaya dan dapat duit dari blog. Awak sanggup ke?

Murid:
Ya sanggup cikgu. Bagaimana?

Cikgu:
Untuk berjaya
kita perlu buat kajian dan perancangan tertentu. Sama seperti untuk berjaya dalam perniagaan. Kita perlu buat blog yang dapat memikat pembaca. Menarik mereka untuk datang baca tulisan kita berkali-kali. Peminat setialah katakan. Tentang duit tu, kita tak perlu fikirkannya. Ia akan datang sendiri nanti.

Murid:
Cerita apa kita nak tulis untuk menarik minat pembaca cikgu?

Cikgu:
Banyak. Minat orang ni berbagai-bagai. Awak tulis minat awak sendiri. Tulis apa yang awak betul-betul tahu, dan percayalah, awak tidak kesaorangan di dunia ini meminati perkara tersebut. Tentu sekali nanti awak akan dapat pembaca yang sama minat dengan awak.

Murid:
Boleh dapat duit ke cikgu?

Cikgu:
Buat blog ni bukan untuk dapat duit saja. Orang buat blog untuk berbagai tujuan. Blog ni ada bermacam-macam seperti:
1. blog persendirian - untuk membina bersahabatan secara online.
2. blog business - untuk menjual dan membuat promosi produk kita.
3. blok ilmu dan tutorial - untuk berkongsi ilmu dan mengajar orang lain.
4. blog berita - untuk menyampaikan berita atau peristiwa.

Murid:
Bukan buat duit sajalah ya?

Cikgu:
Jadi
kita tahu sekarang, buat blog bukan untuk dapat duit sahaja. Duit akan datang sendiri nanti bila kita telah dapat buat blog yang bagus yang diminati oleh beribu-ribu pengunjung. Masa tu nanti barulah awak akan percaya bahawa buat blog boleh buat duit dengan senang.

Murid:
Ooo. Nak buat blok kena bayar ke cikgu?

Cikgu:
Ada yang berbayar dan ada yang percuma saja. Awak boleh cuba buat blog dengan tapak percuma dahulu seperti dengan blogger atau wordpress.

Murid:
Susahkah nak buat blog ni cikgu?

Cikgu:
Kalau ada yang tunjukkan, awak hanya mungkin perlukan 1 jam sahaja untuk membina blog awak sendiri!

Murid:
Cepatnya! Cikgu tak buat blog?

Cikgu:
Ada. Cikgu buat blog untuk sekolah kita. Tak dapat duit pun. Habis duit ada la...

Murid & Cikgu:
Hahaha... Hahaha...



"Komen Anda Memberi Semangat Dan Ilmu Kepada Setiap Blogger"


Rabu, Oktober 07, 2009

Pameran Dan Ceramah Anti Dadah

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama AADK telah mengadakan satu pemeran serta ceramah pada hari ini bermula pukul 10.15 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dianjurkan bertujuan menyedarkan pelajar mengenai penyalahgunaan dadah di Malaysia yang semakin meningkat.

Maklumat dari PEMADAM menunjukkan sehingga 2005 sahaja jumlah penagih adalah seramai 289,763 orang. Walau pun menurut laporan AADK, Kelantan mencatat penurunan sebanyak 36.18% antara Januari hingga Julai 2009 berbanding tahun 2008, ianya masih membimbangkan kita sebagai guru dan ibu bapa.

Program ceramah telah dilangsungkan di Dewan Haji Ahmad manakala laluan ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang juga merupakan laluan ke kantin dan berdekatan dengan dewan pula digunakan sebagai sudut pameran. Walau pun ruangnya agak sempit tetapi sangat bersesuaian dan cukup untuk pameran yang dirancang.

Laman PENGASIH mengutarakan soalan, adakah orang yang anda sayang mempunyai tanda-tanda seperti ini?
  • Sering menafikan perkara
  • Tidak menghormati ibu bapa dan keluarga
  • Barangan di rumah mulai hilang
  • Menjumpai peralatan atau barangan yang pelik di bilik atau di dalam pakaian.
  • Kejatuhan gred di sekolah
  • Sering pulang lewat ke rumah
  • Tidur yang berlebihan
  • Suka menyendiri
  • Tidak suka menghadiri ko-kurikulum sekolah
  • Sering meminta wang yang berlebihan

Pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR dikumpulkan di dewan bersama pelajar-pelajar Tahun 5 bagi mendengar ceramah mengenai penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh pegawai dari AADK Tumpat. Dewan Haji Ahmad nampaknya penuh sesak dengan pelajar untuk mendengar ceramah yang dilangsungkan.

Khamis, Oktober 01, 2009

Atap Kantin Terbang

Hampir keseluruhan penutup rabung dan beberapa keping atap kantin sekolah diterbangkan oleh ribut yang berlaku sekitar jam 3.15 petang kelmarin. Beberapa orang pekerja yang masih berada di kantin terselamat dalam kejadian tersebut.

Keadaan atap kantin selepas dipukul ribut

Kejadian yang berlaku kira-kira setengah jam itu walau bagaimana pun tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana waktu persekolahan dan kelas fardu ain telah tamat.

Tuan Guru Besar, En. Ruzali Rashid telah mengambil dan menghantar beberapa keping gambar serta laporan ke PPD dan JPN selepas berbincang dengan penendar kantin untuk memohon bantuan segera membaiki kerosakan. Syukurlah kerana hanya bangunan kantin sahaja yang rosak sedangkan bangunan-bangunan lain masih dalam keadaan baik.

Menurut beberapa orang guru yang tinggal di sekitar Tumpat, ribut kelmarin juga berlaku hampit di seluruh Daerah Tumpat. Lebih 50 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan dan Pengkalan Kubor terlibat.

Ribut semalam juga telah menyebabkan lalu-lintas di sepanjang jalan ke Tumpat dan ke Chabang Empat tergendala kerana terhalang oleh dahan pokok dan kabel elektrik yang jatuh. Mungkinkah ribut ini berkaitan langsung dengan gempa bumi yang melanda dan meranapkan Kota Padang di Indonesia
?


 

logo skg