Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, Oktober 10, 2009

Buat Blog Untuk Dapat Duit?

Dialog menarik dalam perjumpaan Kelab Komputer.

Murid:
Kalau kita buat blog, kita boleh dapat duit ke cikgu?

Cikgu:
Ya boleh kalau kena caranya. Tapi jangan pula letakkan harapan terlalu tinggi. Dan jangan juga harapkan bulan jatuh ke riba.

Murid:
Bukankah ada orang yang dah jadi kaya hanya dengan buat blog?

Cikgu:
Orang? Siapa? Boleh jadi kaya begitu saja? Awak jangan salah anggap. Banyak usaha yang perlu kita lakukan untuk berjaya dan dapat duit dari blog. Awak sanggup ke?

Murid:
Ya sanggup cikgu. Bagaimana?

Cikgu:
Untuk berjaya
kita perlu buat kajian dan perancangan tertentu. Sama seperti untuk berjaya dalam perniagaan. Kita perlu buat blog yang dapat memikat pembaca. Menarik mereka untuk datang baca tulisan kita berkali-kali. Peminat setialah katakan. Tentang duit tu, kita tak perlu fikirkannya. Ia akan datang sendiri nanti.

Murid:
Cerita apa kita nak tulis untuk menarik minat pembaca cikgu?

Cikgu:
Banyak. Minat orang ni berbagai-bagai. Awak tulis minat awak sendiri. Tulis apa yang awak betul-betul tahu, dan percayalah, awak tidak kesaorangan di dunia ini meminati perkara tersebut. Tentu sekali nanti awak akan dapat pembaca yang sama minat dengan awak.

Murid:
Boleh dapat duit ke cikgu?

Cikgu:
Buat blog ni bukan untuk dapat duit saja. Orang buat blog untuk berbagai tujuan. Blog ni ada bermacam-macam seperti:
1. blog persendirian - untuk membina bersahabatan secara online.
2. blog business - untuk menjual dan membuat promosi produk kita.
3. blok ilmu dan tutorial - untuk berkongsi ilmu dan mengajar orang lain.
4. blog berita - untuk menyampaikan berita atau peristiwa.

Murid:
Bukan buat duit sajalah ya?

Cikgu:
Jadi
kita tahu sekarang, buat blog bukan untuk dapat duit sahaja. Duit akan datang sendiri nanti bila kita telah dapat buat blog yang bagus yang diminati oleh beribu-ribu pengunjung. Masa tu nanti barulah awak akan percaya bahawa buat blog boleh buat duit dengan senang.

Murid:
Ooo. Nak buat blok kena bayar ke cikgu?

Cikgu:
Ada yang berbayar dan ada yang percuma saja. Awak boleh cuba buat blog dengan tapak percuma dahulu seperti dengan blogger atau wordpress.

Murid:
Susahkah nak buat blog ni cikgu?

Cikgu:
Kalau ada yang tunjukkan, awak hanya mungkin perlukan 1 jam sahaja untuk membina blog awak sendiri!

Murid:
Cepatnya! Cikgu tak buat blog?

Cikgu:
Ada. Cikgu buat blog untuk sekolah kita. Tak dapat duit pun. Habis duit ada la...

Murid & Cikgu:
Hahaha... Hahaha...



"Komen Anda Memberi Semangat Dan Ilmu Kepada Setiap Blogger"


4 komen :

hehee tul laa tu.... :)

bila aaa aku nk buat blog utk sekolah laks...berkira tul aku ni..hehe

buat la cikgu - kemudian suruh pelajar yang ada kemahiran dan minat 'update'kan - kami ni sekolah rendah kampung je - susah...

Salam,
BEtul betul betul (macam upin ipin)
Right, you make money blogging, but still have to make some effort to rank up and increase visitors engagement to our page. Adik2 kalo nak belajar, belajar ngn cikgu ni.. terrern tau. Blog sekolah ni fully cutomize by dier.. tak ciplak2 punya.
Cikgu, boleh monetize blog ni.. ader nilai.. tp yerlah, certain org xberapa suka ade iklan2 kt blog umum. Tp memandangklan duit iklan tu boleh salurkan kat sekolah balik apa salahnya...
Letak jer ruangan iklan2 utk disewa secara bulanan atau tahunan.
Terpulanglah nak letak berapa (kita taulah nilai blog kita).. bukak iklan kat sapa2 y berminat..

Make money while enjoy blogging!

 

logo skg