Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, Oktober 07, 2009

Pameran Dan Ceramah Anti Dadah

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama AADK telah mengadakan satu pemeran serta ceramah pada hari ini bermula pukul 10.15 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dianjurkan bertujuan menyedarkan pelajar mengenai penyalahgunaan dadah di Malaysia yang semakin meningkat.

Maklumat dari PEMADAM menunjukkan sehingga 2005 sahaja jumlah penagih adalah seramai 289,763 orang. Walau pun menurut laporan AADK, Kelantan mencatat penurunan sebanyak 36.18% antara Januari hingga Julai 2009 berbanding tahun 2008, ianya masih membimbangkan kita sebagai guru dan ibu bapa.

Program ceramah telah dilangsungkan di Dewan Haji Ahmad manakala laluan ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang juga merupakan laluan ke kantin dan berdekatan dengan dewan pula digunakan sebagai sudut pameran. Walau pun ruangnya agak sempit tetapi sangat bersesuaian dan cukup untuk pameran yang dirancang.

Laman PENGASIH mengutarakan soalan, adakah orang yang anda sayang mempunyai tanda-tanda seperti ini?
  • Sering menafikan perkara
  • Tidak menghormati ibu bapa dan keluarga
  • Barangan di rumah mulai hilang
  • Menjumpai peralatan atau barangan yang pelik di bilik atau di dalam pakaian.
  • Kejatuhan gred di sekolah
  • Sering pulang lewat ke rumah
  • Tidur yang berlebihan
  • Suka menyendiri
  • Tidak suka menghadiri ko-kurikulum sekolah
  • Sering meminta wang yang berlebihan

Pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR dikumpulkan di dewan bersama pelajar-pelajar Tahun 5 bagi mendengar ceramah mengenai penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh pegawai dari AADK Tumpat. Dewan Haji Ahmad nampaknya penuh sesak dengan pelajar untuk mendengar ceramah yang dilangsungkan.

 

logo skg