Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Jumaat, November 20, 2009

Kami Sudah Buktikan

Keseronokan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR sempat dirakam di pekarangan makmal komputer sekolah. Seramai 26 pelajar mendapat 5A dalam peperiksaan yang telah diadakan pada 8, 9 dan 10 September lepas.


Kebanyakan calon target dapat memenuhi impian masing-masing walau pun ada beberapa pelajar yang keciciran. Keseronokan pelajar yang lulus cemerlang ini dikongsi bersama guru-guru dan beberapa orang ibu bapa penjaga yang hadir.


Mata pelajaran Bahasa Inggeris masih juga menjadi aras penanda bagi keputusan pencapaian am UPSR di SK Geting di mana seramai 83 pelajar gagal iaitu 40.1% dari keseluruhan calon yang menduduki ujian.

Tahniah kepada semua warga sekolah, ibu bapa penjaga dan para pelajar. Kejayaan ini perlu diteruskan di sekolah menengah nanti. Pelajar yang gagal mendapat 5A pula usah bersedih berpanjangan kerana anda masih mempunyai peluang menebus kehampaan di masa hadapan.

 

logo skg