Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, November 18, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah

Hujan yang turun sejak semalam tidak menghalang kehadiran ibu bapa pelajar ke Majlis Penyampaian Hadiah kecemerlangan akademik yang diadakan di Dewan Haji Ahmad bermula pada jam 9.30 pagi tadi. Semua guru dan pentadbir hadir memeriahkan majlis kecuali beberapa orang guru yang ke Mekah menunaikan haji.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismail Yasa diikuti ucapan aluan oleh Guru Besar. Satu persembahan cerita yang disampaikan oleh pelajar prasekolah mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar dan ibu bapa penjaga yang hadir.

Hadiah-hadiah yang disampaikan pada hari ini adalah hadiah kecemerlangan akademik bagi UBB Akhir Tahun dan hadiah pencapaian terbaik matapelajaran sepanjang tahun. Hadiah galakan membaca juga turut disampaikan kepada pelajar yang paling banyak membaca buku. Turut disampaikan di majlis ini ialah sijil graduasi kepada 25 orang pelajar prasekolah. Majlis juga turut menyampaikan hadiah kepada 2 orang pelajar Tahun 6 yang menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang tahun.


 

logo skg