Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, November 01, 2009

Minggu Yang Cemerlang

SYABAS! Pelajar-pelajar SKG terus menunjukkan kecermerlangan di bidang kokurikulum. Sepanjang minggu lepas, kejayaan yang membanggakan warga sekolah berjaya dicatatkan dalam beberapa bidang sukan. Kerja keras guru-guru dan para pelajar dengan sokongan pihak pentadbir nampaknya terus membuahkan hasil.

Pada 24 hingga 25 Oktober, tiga orang pelajar perempuan menyertai acara Taekwando Terbuka Thailand yang diadakan di Songkla, Thailand. Ahli Kelab Taekwando Tumpat ini berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan dua gangsa dari sana. Adik Noor Farhana dan Siti Nur Shalihah dari kelas 6J mendapat gangsa sementara Adik Nursyahirah dari kelas 5M berjaya memperolehi emas. Adik Noor Farhana terpaksa menarik diri di peringkat separuh akhir kerana demam. Adik Nursyahirah pula selalu mencetuskan gerun di gelanggang apabila hanya mengambil masa 10 saat sahaja untuk menumpaskan lawan dan meraih emas. [myMetro]

Pada hari Khamis 26 Oktober pula, pasukan bola baling lelaki dan perempuan menyertai pertandingan yang diadalan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Pasukan bola baling lelaki tewas di pusingan awal sementara pasukan perempuan pula gagal di pusingan akhir.

Walaupun hari Sabtu merupakan hari cuti, pasukan olahraga menyertai Larian Mini Milo bersama Cikgu Gheni. SK Geting menghantar seramai 72 peserta yang terdiri dari 40 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan. Berjaya menjadi johan katagori bawah 12 dan 11 lelaki, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 400.00 beserta medal dan hamper. Pencapaian individu terbaik pelajar SKG ialah tempat pertama hingga keempat katagori bawah 12 lelaki dan tempat pertama hingga kelima katagori bawah 11 lelaki. Kami juga berjaya mendapat tempat ketiga bawah 9 tahun lelaki. Peserta perempuan pula berjaya mendapat tempat kedua dan keempat katagori bawah 12 tahun dan tempat ketiga dan kelima katagori bawah 11 tahun. Satu lagi kejayaan ialah tempat ketiga katagori bawah 9 tahun.

Seperti mengiringi kejayaan para pelajar SKG, pasukan bolasepak Kelantan juga tidak mahu ketinggalan. Tahniah kepada mereka kerana berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menunggu selama 39 tahun. Harap-harap pasukan Kelantan akan dapat menewaskan Negeri Sembilan pada 7 November di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Kali terakhir Kelantan berjaya ke perlawanan akhir ialah pada tahun 1970 tetapi tewas kepada Perak.


 

logo skg