Khamis, November 19, 2009

Sumbangan Tabung Badan Ihsan

SK Geting - 19 November 2009. Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan mengagihkan Cek Tabung Badan Ihsan sebanyak RM 10,000.00 kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Che Hamidah Che Mood yang telah meninggal dunia pada 9 November 2009 lalu.

Majlis penyampaian itu disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat En. Zakaria b. Awang Chik di bilik Guru Besar sekolah. Sumbangan ini sebagai menghargai tenaga dan bakti Allahyarhamah dalam mendidik anak bangsa sepanjang bertugas sebagai guru. Sumbangan disampaikan kepada 2 orang anak lelaki allahyarhamah yang ditemani oleh bapa mereka.

Tabung Badan Ihsan ditubuhkan oleh JPN adalah untuk membantu mengurangkan beban dari segi kewangan kepada keluarga, kakitangan dan warga pendidik yang meninggal dunia sama ada kemalangan atau kematian biasa. Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Ismail b. Muhammad Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Guru Besar dan PK Pentadbiran.

Sumbangan sebanyak RM500.00 juga disampaikan kepada Guru Besar sebagai wakil untuk majlis tahlil yang akan diadakan pada hari dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

 

logo skg