Tahniah kepada skuad bola sepak Harimau Malaysia kerana berjaya menundukkan Vietnam 1 - 0 dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke XXV di Vientiane, Laos sebentar tadi. Skuad bawah 23 tahun ini berjaya menempa sejarah mengembalikan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke Malaysia selapas begitu lama gagal.
Kali terakhir Malaysia berjaya memperolehi emas ialah 20 tahun lalu iaitu pada tahun 1989 pada temasya yang diadakan di Kuala Lumpur. Gol kemenangan Malaysia hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 hasil tolakan Norshahrul Idlan Talaha.
Vietnam terpaksa berpuas hati kali ini dengan pingat perak manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh pasukan Singapura yang menundukkan Laos.








0 komen:
Catat Ulasan