Jumaat, Disember 04, 2009

Buat Arrow Back To Top

Saya memilih untuk memaparkan hanya satu post pada blog skgeting - aktiviti pada sesuatu masa. Biasanya coretan saya hanya pendek sahaja kerana saya sendiri tidak mempunyai cerita yang berbagai atau baik untuk ditulis dengan lengkap dan panjang berjela.

Sebahagian dari blogger memilih untuk memaparkan banyak post pada blog mereka. Kekadang kita membaca suatu coretan yang panjang pada blog. Bila dah banyak sangat post pada halaman blog dan panjang berjela, terasa malas pula nak scrool ke atas. Terasa jauh sangat.

Untuk memudahkan pembaca dan pengunjung blog, kita boleh sediakan satu pilihan teks atau image kepada pembaca untuk kembali ke atas dengan senang dan cepat. Kalau teks boleh saja tulis 'Atas' atau 'Kembali Ke Atas'. Kalau nak letak image boleh saja pilih jenis jpeg, giff, png atau kita boleh juga pilih jenis swf.

Kalau nak senang lagi, salin saja kod html yang telah saya sediakan di bawah. Image juga boleh disalin dengan klik kanan dan Save Image As.

Buka beberapa langkah kiri kanan dulu :
  1. Login ke akaun blogger
  2. Pilih 'Layout'
  3. Pada tab 'Page Elements' pilih 'Add a Gadget'
  4. Pilih 'HTML/JavaScript'
  5. Copy dan Pastekan code ini:
contoh: 1


<a style="display:scroll;position: fixed; bottom:100px;right:0px;" href="#" title="Back to Top"> <img src="http://lh5.ggpht.com/_vA36Kd812ls/SxjmAszS8nI/AAAAAAAABIw/p_g5F9lI1vQ/back2top.gif"/></a>


contoh: 2


<a style="display:scroll;position: fixed; bottom:100px;right:0px;" href="#" title="Back to Top"> <img src="http://lh5.ggpht.com/_vA36Kd812ls/SyUuvnwRkXI/AAAAAAAABOo/kMmg4su0jf8/back2topT.gif"/></a>


contoh: 3


<a style="display:scroll;position: fixed; bottom:100px;right:0px;" href="#" title="Back to Top"> <img src="http://lh5.ggpht.com/_vA36Kd812ls/S0N_Z_-iNPI/AAAAAAAABUk/6krRBkdYSLs/Back2Top_a.gif"/></a>

Teks berwarna merah boleh disesuaikan sendiri sebagai posisi untuk image dipaparkan. Hijau untuk tips yang akan terpapar dan biru pula di mana image disimpan.


Harap sahabat-sahabat blogger tolong tambah apa yang kurang di ruangan komen. Pertanyaan juga dialu-alukan.


"Komen Anda Memberi Semangat Dan Ilmu Kepada Setiap Blogger"


0 komen:

 

logo skg