Pintu Gerbang SK Geting
Pandangan pintu gerbang dan pintu pagar utama Sekolah Kebangsaan Geting.
Sambutan Maulidur Rasul
Murid-murid sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Pusat Sumber Sekolah
Pemandangan salah satu sudut yang terdapat di dalam Pusat Pumber Sekolah (PSS) SK Geting.
Guru Bertugas
Guru Bertugas Mingguan sedang menyampaikan ucapan kepada murid-murid.
Taman PPKI
Sebuah taman mini menghiasi hadapan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi yang terdapat di SK Geting.
Khamis, Julai 30, 2009
Aktiviti Gotong-royong
Isnin, Julai 27, 2009
Lawatan Ke Terengganu '09
Seramai 30 orang pelajar terdiri dari 14 lelaki dan 16 perempuan mengikuti lawatan ini. Mereka diiringi dan dikawal selia oleh 7 orang guru pengiring. Beberapa orang guru sanggup memandu menggunakan kenderaan sendiri dan membawa keluarga bersama ke Terengganu ini.
Di antara tempat-tempat yang sempat dilawati oleh pelajar kali ini ialah Masjid Terapung, Muzium Terengganu, Masjid Kristal, Pasar Payang, Pantai Penarik dan kilang membuat keropok yang terletak di Kampung Losong.
Bas yang membawa pelajar dalam lawatan sambil belajar ke Terengganu ini bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba kembali dari lawatan pada pukul 11.00 malam. Para pelajar telah sedia dinanti oleh keluarga masing-masing di pekarangan sekolah.Kata PK 1, lawatan seterusnya ialah ke Kuala Lumpur. (Bergantung kepada keputusan UPSR nanti).
Ahad, Julai 26, 2009
Kursus Pra Rambu
Siap!Selasa, Julai 21, 2009
Taekwando Championship Tournament
Nur Shahirah bt. Mohd Hanafee, a year 5 pupils will be participating in 8th International Clubs Open Taekwando Championship 2009, which will be held from 23rd - 26th July 2009 in Kuala Lumpur.
Having a practice with 14 other participants at Jimmy Lo Taekwando Club in Tumpat, organised by Mr. Jimmy Lo. She also have her practice in the evening in school.
As the staff and members of SK Geting, we pray for your success in Kuala Lumpur. Good Luck.
Isnin, Julai 13, 2009
Majlis Mesra Akademik
SK Geting hingga kini mempunyai seramai 1124 pelajar terdiri dari 523 pelajar lelaki dan 525 pelajar perempuan tidak termasuk 25 pelajar prasekolah dan 16 pelajar PKBP.
Walau pun majlis bermula pada jam 9.00 pagi, tetapi sesetengah ibu bapa penjaga datang lebih awal ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka. Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana perihatin terhadap anak-anak.
Walau pun Guru Besar tiada di sekolah kerana mempunyai tugasan di luar, majlis berlangsung dengan lancar dengan kerjasama PK1, PK HEM, Cikgu Razali Yusuff dan guru-guru kelas.
Selasa, Julai 07, 2009
Hadiah Galakan UBB3
PK1 telah menyediakan hadiah berupa RM 10 dan RM 5 kepada para pelajar yang berjaya mencapai 5A dan 4A dalam UBB tersebut sebagai hadiah galakan. Hadiah galakan ini telah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar pada hari Ahad lepas. Tahniah dan terima kasih.
Sebenarnya kami masih belum mencapai sasaran untuk UPSR tahun ini iaitu 75% lulus pencapaian am dan 35 pelajar mendapat 5A dalam matapelajaran teras.
Jumaat, Julai 03, 2009
Simpan Dan Kongsi Fail

Diantara yang boleh dicuba dan digunakan ialah:
http://www.scribd.com
http://www.datafilehost.com
http://www3.bigupload.com
http://box.net
http://www.driveway.com
http://www.esnips.com
http://www.sendspace.com
http://www.4shared.com
http://www.keepandshare.com
http://www.zeropaid.com
http://www.rapidshare.com
http://www.docstoc.com/
Anda boleh pilih yang mana sesuai dengan kegunaan anda.
Harap sahabat-sahabat blogger tolong tambah apa yang kurang di ruangan komen. Pertanyaan juga dialu-alukan.












