PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, November 11, 2010

Pencapaian UPSR 2010

Kecemerlangan

Bil
5A4A3A2A1A
1941913212621


Pencapaian AM

LS
%GS%
10755.73136.70


Pencapaian Mata Pelajaran


ABCJ%DEJ%GPMP
BM185285416787.41772412.62.13
BM233604013369.633255830.42.77
BI28317513470.544125629.52.90
MAT58376215782.222123417.82.44
SNS66634217190.08111910.02.13

Gred Purata Sekolah (GPS) : 2.46

"Selalu Kita Gemilang"

Muat turun Borang Permohonan Semak Semula / Kes T

Selasa, Julai 20, 2010

Hadiah Galakan Pertengahan Tahun

Majlis penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi semua kelas serta hadiah galakan membaca dari Pusat Sumber Sekolah telah berlangsung pada 18.07.2010 (Ahad).





Majlis juga menyampaikan hadiah galakan kelas terbaik bagi bulan Jun kepada Kelas 2 Usaha. Terima kasih.

Khamis, Julai 15, 2010

Majlis Mesra Akademik

Kami telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa penjaga bagi Majlis Mesra Akademik pada hari semalam (14.07.2010). Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengadakan perbincangan dengan ibu bapa penjaga mengenai prestasi anak-anak masing-masing dalam pelajaran.

Semua kelas yang terlibat dengan Ujian Pertengan Tahun yang baru lalu menguruskan majlis ini secara berasingan di dalam kelas masing-masing bersama guru dan pelajar. Guru-guru kelas memainkan peranan utama menerima kedatangan ibu bapa penjaga, mengadakan perbincangan dan menyerahkan kad laporan murid-murid.

Ibu bapa juga diminta menanda tangani kad laporan sekolah anak-anak mereka.


Ahad, Julai 11, 2010

Hadiah Galakan Murid UPSR

Kami telah selesai mengadakan Ujian Pertengahan Tahun pada 28, 29 dan 30 Jun yang lalu. Ujian ini melibatkan semua murid bagi semua kelas kecuali kelas prasekolah dan pendidikan khas. Ujian selama tiga hari ini melibatkan semua mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah.

Markah ujian juga telah diperolehi dan dihantar ke PPD Tumpat. Ujian kali ini menampakkan peningkatan prestasi murid terutama murid UPSR, walau pun belum mencapai target yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD.


Hari ini Guru Besar telah bermurah hati memberi hadiah galakan kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam Ujian Pertengahan Tahun 2010 ini.

Tahniah kepada semua murid yang mendapat hadiah.
  

Jumaat, Mei 28, 2010

Rumah Seri Kenangan


Pada 16.05.2010 [Ahad], seramai 30 0rang murid SK Geting telah mangadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Rombongan lawatan ini diiringi oleh PK Pentadbiran Cikgu Abdullah Salleh, Cikgu Azhar, Cikgu Nerazieani dan Cikgu Sameena.


Bertolak dengan menaiki bas pada jam 8:00 pagi di pekarangan sekolah dan rombongan mereka selamat pulang kira-kira jam 2:00 petang.


Sedikit sumbangan ikhlas telah disampai oleh PK Pentadbiran mewakili warga sekolah kepada penghuni di Rumah Seri Kenangan.

  

Khamis, Mei 13, 2010

Punch Card


Sudah seminggu kami di SKG menggunakan 'punch card' sebagai catatan kehadiran. Lokasi 'punch card' ini bersebelahan pintu utama pejabat sekolah sama dengan lokasi buku kedatangan yang telah digunakan selama ini.

Minggu pertama ini beberapa kejadian terlupa berlaku sama ada sewaktu hadir pada sebelah pagi atau sewaktu pulang pada sebelah petang. Beberapa orang daripada kami telah menerima tanda merah kerananya.


Ahad, Mei 02, 2010

SK Geting 1 vs Sk Geting 2

Selalu sahaja orang bertanya [keliru] mengenai SK Geting 1 dengan SK Geting 2. Cerita lama ini bermula pada 1 Disember 1991 bila SK Geting di pecahkan kepada dua buah sekolah. SK Geting 1 dan SK Geting 2 berkongsi kawasan yang sama serta masing-masing mempunyai sesi persekolahan di sebelah petang.

Sekolah Kebangsaan Geting

Itu cerita lama. Sekarang SK Geting 2 telah berpindah dan mempunyai bangunan sendiri. Lokasi baru sekolah ini adalah di Kampung Neting kira-kira 1 km dari Kampung Geting. Nama sekolah juga telah bertukar kepada SK Sri Neting [SKSN]. SK Geting 1 pula kekal di lokasi lama dan lebih dikenali dengan nama SK Geting [SKG]. Guru Besar SKG ketika ini ialah En. Ruzali Abd Rashid sementara Guru Besar SKSN pula ialah Pn. Maznah Abdullah.


Sekolah Kebangsaan Sri Neting

Agak senang juga untuk mencari kata kunci bagi kedua-dua sekolah ini sebenarnya. SK Geting 1 letaknya berdekatan pasar sementara SK Sri Neting [Geting 2] berdekatan dengan 'road block' polis. Kedua-dua jalan utama ini menuju ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan negara jiran Thailand. Moga-moga kekeliruan ini akan berkurangan dan terhapus sama sekali di masa-masa akan datang.

Lokasi kedua-dua sekolah ini dapat dilihat dengan lebih jelas di sini.


Khamis, April 29, 2010

Syukur Kerana Susah

Setelah sebelas [11] hari terputus [sebenarnya diputuskan], kami akhirnya menerima semula sambungan internet ke seluruh kawasan sekolah bermula semalam. Lega rasanya bila dapat online di mana sahaja dalam kawasan sekolah.

Hubungan internet sekolah disedari terputus pada pagi 18.04.09 [Ahad] dipercayai telah dengan amat sengaja diputuskan [kes curi kabel] oleh pencuri di malam sebelumnya. Walau pun lokasi sekolah berhampiran dengan jalan utama dan kawasan perumahan awam, pencuri tersebut nampak amat berani melakukannya.

Gambar diambil dari tingkap makmal komputer sekolah

Ketiadaan hubungan internet amat menyukarkan kami [terutama beberapa orang guru] yang kebetulan perlu menyelesaikan beberapa tugasan secara online seperti Ujian Permata Pintar, SSQS, LINUS, NKRA dan lain-lain. Terima kasih kepada Celcom Broadband [kepunyaan guru] yang mengambil alih tugas Schoolnet di sekolah sepanjang sebelas hari ini.

Kami patut bersukur sebenarnya kerana dengan kejadian yang menyusahkan ini, Guru Besar telah mengambil langkah ke hadapan dengan mendaftar satu line broadband untuk kegunaan di masa-masa sukar yang berkemungkinan besar akan berlaku lagi di sekolah.


Isnin, April 26, 2010

Aktiviti Gotong Royong

Kami mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas dan kawasan sekolah pada hari Sabtu lepas. Aktiviti yang melibatkan semua murid ini diadakan pada sebelah pagi selepas waktu rehat. Sabtu merupakan hari persekolah ganti bagi cuti Hari Raya Puasa nanti.

Membersihkan kawasan Taman Sains


Kelas jQAF yang dulunya kelas prasekolah


Makan minum yang ditaja oleh pihak sekolah

Masyarakat patut meneruskan aktiviti seperti ini dalam komuniti masing-masing. Sesiapa yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti seperti ini sangatlah rugi sebenarnya. Hilang satu pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana kedai di seluruh dunia. Juga tidak dijual di Mydin, Seven Elleven atau Giant.

Kita boleh saja melakukan berbagai aktiviti setiap hari tetapi tidak akan dapat menjalankan aktiviti gotong-royong seorang diri. Betul tak? Hehehe...


Jumaat, April 23, 2010

UBB April

Makluman kepada semua guru agar dapat melengkapkan markah ujian menggunakan aplikasi Head Count JPN Kelantan yang disediakan di dalam komputer kelas masing-masing. Sistem markah lama yang menggunakan MSO Excel adalah dengan ini dibatalkan.

Sistem baru ini menggunakan MSO Access. Sila hubungi SU Peperiksaan untuk mendapatkan sebarang bantuan.


Isnin, April 19, 2010

Siapa Curi Kabel Kami

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?

Walau pun sudah seminggu kabel atas tiang tu putus, TM masih juga belum menyambungnya. Jangan-jangan kabel kat stor TM dah habis jadi perlu ambil masa sebulan untuk kami mendapatkan sambungan internet lagi. Kerja jadi cikgu ni bukan hanya mengajar sahaja. Macam-macam tugasan lain yang nak kena buat. Tambah pula guru data dan guru penyelaras ICT. Kalau tak ada sambungan internet, bagaimana kerja boleh dibuat dan disiapkan?

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?

Beberapa minggu kebelakangan ni pula sibuk dengan SSQS, Permata Pintar, NKRA serta Linus. Busy serta sibuk ni. Email pun dah tak boleh dibuka atau dihantar lagi.

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?



Ada juga kami beri cadangan kepada Guru Besar untuk dapatkan satu broadband bagi kegunaan di masa kecemasan seperti ini. Tidaklah nanti guru-guru perlu menggunakan broadband dan streamyx sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah. Takut nanti terbalik pula menjadi "Rumahku Pejabat Sekolahku". Ganjilnya bunyi.

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?


Ahad, April 18, 2010

Koleksi Kejayaan Bertambah

Adik Nurshahirah menambah koleksi kejuaraan di Taekwando Terbuka Kepong yang berlangsung pada minggu lepas. Ahli Kelab Taekwndo Tumpat ini sering muncul juara dalam setiap kejohanan yang disertai dan kini sekali lagi beliau membuktikan gelaran 'kereta kebal' yang diberikan oleh kawan-kawan adalah bertepatan dengan sikap beliau dalam setiap pertandingan.

Pasukan ragbi sekolah yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini telah berjaya muncul naib juara Kejohanan Ragbi PPD Tumpat pada minggu lepas. Satu kejayaan yang amat manis kerana berada di tempat kedua dalam penyertaan kali pertama sukan ragbi. Sebelum ini SKG belum pernah menyertainya kerana ketiadaan jurulatih. Tahniah kepada Cikgu Nik Hashim dan pasukan ragbi sekolah.


Ahad, April 11, 2010

Juara Lima Tahun Berturut-turut

Pasukan bola baling sekolah-sekolah Zon Pengkalan Kubor sekali lagi gagal menyekat kehebatan pasukan dari SK Geting dari muncul juara. Kejohanan kali ini yang telah berlangsung di SK Bunohan pada hari Isnin dan Selasa (05 dan 06.04.2010) telah membuktikan kehebatan SK Geting.

Pasukan bola baling lelaki dan perempuan bergambar kenangan bersama jurulatih, PK KO dan Guru Besar

Lebih manis lagi apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan muncul sebagai juara Zon Pengkalan Kubor seperti juga tahun 2009 yang lalu. Kejayaan ini juga bermakna pasukan bola baling perempuan SK Geting telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama lima tahun berturut-turut manakala pasukan lelaki menjurainya bagi kali yeng kedua.

Tahniah Cikgu Ghani dan Cikgu Zabariah kerana dapat mendidik dan melatih murid-murid dengan cemerlang. Semoga dapat anugerah tahun ini.

Pasukan lelaki:
Hasif Amirul - Zulfakar - Alif Zikri - Shamsuri - Shahrul Azhar - Fahmi - Shamsuhairi - Aidil - Nasharudden - Ibrahim - Haziq - Shafiq

Pasukan perempuan:
Alwani Najihah - Amira - Hazmira - Ainatun Najwa - Bazilah - Ainun Fatin - Elieya Syamimi - Zureen Adeeba - Nur Aisyah -
Siti Aisyah - Rabiatul Adawiyah - Ain Natasha



Selasa, April 06, 2010

Blog Acessories - Pageear

Pageear memang cantik seperti yang anda lihat di penjuru atas kanan blog ini. Image fail swf ini akan terbuka dan bertukar bila kita membawa tetikus kepadanya. Apabila tetikus dijauhkan, ia menguncup sendiri menjadi kecil dan bertukar kepada image asal. Cantikkan?

Memasang pageear peel tidak dapat dibuat secara terus di blogspot. Kita perlu menumpangkan beberapa fail berkaitan pada sebarang domain percuma yang menerima fail java script atau lebih baik lagi sekiranya mempunyai domain sendiri. Saya sendiri menumpang domain percuma google sites.

Sekiranya anda berminat untuk memasangnya di blog anda, beberapa fail berkaitan boleh dimuat turun dari Pageear - free peel away ad dan perlu pula membuat sedikit ubah suai berkaitan dengan fail gambar.jpg dan java script yang dibekalkan. Semua fail berkaitan perlu di'upload'kan ke domain percuma atau berbayar yang anda pilih.

Saya tidak menggalakkan pemasangan PagePeel ini sekiranya blog anda telah sedia berat untuk loading. Cuba periksa berat blog anda di Website Speed Test sebelum menambahkan lagi sebarang perhiasan. Beberapa pendapat mengatakan 100kb sudah memadai. Blog sekolah saya ni 168.58 KB, dah terlebih juga kan? Hehehe...

Selamat mencuba.

Harap baca maklumat tambahan di bawah.
-KLIK TAMBAHAN-


Sabtu, April 03, 2010

Kenapa Menangis Farah?



Cikgu Teh masuk kelas selepas rehat untuk matapelajaran Matematik.

Cikgu

:Kenapa nangis ni Farah?

Farah

:

Isk... isk...

Cikgu

:

Bagi tau cikgu, kenapa nangis?

Farah

:

Dia tengok saya!

Cikgu

:

Siapa?

Farah

:

Dia.

Cikgu

:

Dia tengok apa?

Farah

:

Dia tengok saya.

Cikgu

:

Mmm. Kenapa tak boleh dia tengok awak?

Farah:

Tak boleh. Tak suka!

Cikgu

:

Mmm. Mana tau dia tengok awak?

Farah

:

Saya tengok. Dia tengok saya!

Cikgu

:

Maknanya awak pun tengok dia juga! Sama laa..


Farah berhenti menangis... tidak suka dengan jawapan cikgu.

Seronoknya jadi cikgu...


Isnin, Mac 29, 2010

Jaguh Olahraga SK Geting

Dua orang pelajar SK Geting sekali lagi menunjukkan jaguh masing-masing di bidang kokurikulum dalam Temasya Olahraga MSSK Daerah Tumpat yang telah diadakan pada 23 hingga 25 Mac ( Selasa - Khamis ) yang lalu bertempat di padang SMK Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan.

Adik Nur Alwani Najihah telah berjaya muncul sebagai juara dalam acara lompat tinggi perempuan bawah 12 tahun. Adik Nur Shahirah yang selama ini terkenal sebagai jaguh taekwando pula berjaya memperolehi pingat emas dalam acara 4X100m, pingat perak dalam acara 4X200m dan 2 pingat gangsa dari acara pecut 200m dan lompat jauh.

Tahniah kepada mereka berdua.


Sabtu, Mac 27, 2010

Nilai Sebuah Senyuman

happy
  • Ia tidak perlu dibayar tetapi mendatangkan banyak faedah
  • Tiada insan yag lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan
  • Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi, juga tiada insan yang terlalu miskin hingga tidak mampu memberikannya lagi
  • Ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan
  • Ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya
  • Ia adalah ketenangan kepada pemberi, harapan kepada yang kecewa, cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan
  • Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain
  • Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya
happy
Senyum seindah suria
Yang membaya cahaya
Senyumlah dari hati
duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman
terjalinlah
Ikatan…
Oleh itu, jika anda ingin disukai oleh insan lain, sentiasalah SENYUM. big grin coffee


Isnin, Mac 22, 2010

Taekwando Terus Cemerlang

Pencapaian cemerlang yang berterusan ditunjukkan oleh Adik Nur Shahirah bt Mohd Hanafi dalam sukan taekwando. Dalam cuti pertengahan penggal yang lepas, Adik Nur Shahirah dari kelas 6 Maju sekali lagi muncul juara di Jemputan Terbuka Terengganu yang berlangsung di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Dalam kejohanan kali ini yang bermula dari 12 Mac hingga 14 Mac 2010, Adik Nur Shahirah telah berjaya mengalahkan rakan sepasukan juga dari SK Geting dalam pertandingan akhir katagori perempuan bawah 12 tahun iaitu adik Noor Farhana dari kelas 6 Jaya.

Kedua-dua atlit muda dari SK Geting ini merupakan ahli Kelab Taekwando JLT, Tumpat di bawah jurulatih Lor Yong Huat yang lebih dikenali dengan panggilan Jimmy di kalangan anak muridnya.

NAMA: Nur Shahirah Mohd Hanafee
UMUR: 12 tahun
LAHIR: 20 April 1998 di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan
PENDIDIKAN: Sekolah Kebangsaan Geting, Tumpat
PENCAPAIAN: Pingat emas Jemputan Terbuka Terengganu 2010, Pingat emas Kejohanan Antarabangsa Songki Cup kali kelapan 2009 di Songkhla, Thailand; emas di Kejohanan Terbuka Taekwando Antarabangsa (KITO) Kelantan 2009 dan gangsa di Kejohanan Terbuka Taekwando Antarabangsa (ICTO) 2009


Sabtu, Mac 20, 2010

Insan Cemerlang


Ciri-ciri insan cemerlang:
  • Hadir ke sekolah setiap hari
  • Suburkan perasaan kasih sayang
  • Hargai hak orang lain
  • Memiliki harta orang lain secara paksa merupakan amalan terkeji
  • Elakkan diri daripada terlibat dengan gerakan haram
  • Bergurau-gurau menggunakan senjata tajam membahayakan orang lain
  • Amalkan konsep kebebasan beragama
  • Kawal emosi ketika berhadapan dengan suasana genting
  • Sentiasalah berakhlak mulia tanpa menyusahkan orang lain
  • Perlakuan lucah amat memalukan dan menjijikkan terutama di tempat awam
  • Jadilah murid yang berdisiplin agar anda dihormati
  • Jadilah murid berdisiplin. Disiplin merintis jalan kecemerlangan
  • Salah laku merosakkan diri anda sendiri
Bersama kita menanganinya!
Jadilah murid berdisiplin!
Bersama menganangi gejala disiplin murid!


Selasa, Mac 16, 2010

Adab Belajar

Menuntut ilmu amat diutamakan dalam kehidupan seseorang muslim. Keutamaan menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama daripada sembahyang sunat. Imam Syafie r.a berkata 'Menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunat'.


Antara Adab Belajar
  1. Menghormati guru
  2. Memberi dan menjawab salam guru
  3. Membaca doa "Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat dan kurniakanlah kepadaku kefahaman yang luas".
  4. Duduk dengan sopan
  5. Memberi tuampuan kepada pengajaran guru
  6. Menunjukkan minat ketika belajar
  7. Sabar ketika belajar
  8. Membuat ulang kaji atau rujukan
  9. Menyiapkan kerja-kerja sekolah
  10. Tidak membuat bising dan mengganggu rakan-rakan
  11. Membaca doa setelah selesai belajar
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ilmu kepada Engkau apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Maka kembalikanlah kepadaku ketika aku memerlukan".


Ahad, Mac 14, 2010

Program Motivasi Pelajar - UiTM

Sehari bersama 65 orang penuntut dan 2 orang pensyarah dari UiTM, Shah Alam telah menceriakan pelajar-pelajar Tahun 6 SK Geting. Program Komuniti Bestari ini bermula pada jam 08.00 pagi dan tamat pada 06.00 petang. Seramai 195 orang pelajar yang akan menduduki UPSR pada September 2010 nanti terlibat menjayakan program ini.

Tuan Guru Besar dan penolong kanan-penolong kanan turut hadir mengalu-alukan rombongan dari Persatuan Pengurusan Taman Dan Emeniti, Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur, UiTM Shah Alam ini. Dalam ucapan beliau, Tuan Guru Besar antara lain meminta para pelajar sentiasa mendisiplinkan diri sepanjang masa dan menjadikan abang-abang dan kakak-kakak mereka dari UiTM sebagai contoh teladan pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program sehari ini ialah mentor-mente, latihan dalam kumpulan, membina nama kumpulan, teka-teki, puzzle, rehabilitation, bina menara, mewarna, menari dan menyanyi. Aktiviti mengecat musalla sekolah terpaksa dibatalkan kerana hujan. Di sebelah malam pula diadakan solat berjemaah dan bacaan surah Ya-Sin.

Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur, UiTM Shah Alam ini berjaya menjalankan program ini dengan sempurna. Mereka dapat meujudkan berbagai suasana sepanjang bersama pelajar. Bakat sebagai pengacara dan pemimpin dapat dilihat di antara mereka.

Tahniah dan terima kasih untuk semua.


Sabtu, Mac 13, 2010

Calon Target 5A UPSR 2010

Wajah-wajah harapan pencapaian kecemerlangan UPSR SK Geting pada tahun ini. Kami sentiasa doakan kejayaan anda.







































































































"Selalu Kita Gemilang"


 

logo skg