Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, Januari 27, 2010

Laluan Merentas Desa

Latihan merentas desa yang telah diadakan pada hari ini merupakan latihan kali pertama yang melibatkan semua rumah sukan. Latihan yang bermula pada jam 4.30 petang telah berakhir pada jam 5.00 petang. Murid-murid berkumpul di padang sekolah seawal jam 4.00 petang mendengar arahan dari Cikgu Ghani sebagai setiausaha sukan dengan ditemani oleh PK Kokurikulum. Guru-guru yang bertugas sebagai penunjuk arah dan mengawal keselamatan juga hadir tepat pada masa yang ditetapkan.

Laluan yang disediakan pada kali ini masih juga seperti laluan tahun 2009 dengan menyediakan 3 'check point' bagi setiap laluan katagori Tahun 5 & 6 serta Tahun 3 & 4. Sebahagian besar laluan merupakan kawasan kampung sementara sebahagian lagi ialah jalan raya utama. Beberapa kawasan merupakan kunci kepada laluan ini seperti Pusat Kesihatan Pengkalan Kubor, SK Seri Neting dan Lorong Kuda.

Pada latihan kali pertama ini dapat dilihat beberapa peserta yang membawa minuman dan beg ketika berlari. Sebahagian pula yang hanya berjalan sahaja kerana kepenatan. Sepanjang latihan hari ini juga tidak terdapat sebarang kemalangan atau kecederaan kepada peserta. Minuman ringan disediakan oleh pihak sekolah selepas latihan.


 

logo skg