Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, Januari 21, 2010

Majlis Percambahan Idea

Satu perjumpaan ibu bapa penjaga Tahun 6 bersama pentadbir dan ketua-ketua panitia mata pelajaran telah diadakan di Dewan Hj Ahmad SK Geting. Ini merupakan perjumpaan kali pertama bagi ibu bapa penjaga Tahun 6 dengan pihak sekolah pada tahun ini.

Tn. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Dalam perjumpaan ini, Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan taklimat kepada hadirin. Antaranya ialah mengenai perancangan UPSR 2010 dan sedikit motivasi keibubapaan. Kerjasama daripada ibu bapa penjaga amat ditagih demi meneruskan kesinambungan kecemerlangan UPSR di SK Geting.

Memandangkan bilangan pelajar bagi setiap kelas adalah ramai antara 40 hingga 42 orang, adalah menjadi satu kesukaran kepada para guru untuk memberi tumpuan kepada setiap pelajar secara individu. Di sinilah peranan ibu bapa penjaga turut sama ditagih terutamanya dalam memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru.


 

logo skg