Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, Januari 18, 2010

Pasar Geting Terbakar


Satu kebakaran telah memusnahkan sederet kedai tiga pintu dalam kawasan Pasar Geting awal pagi ini. Kebakaran ini dikatakan bermula kira-kira jam 6.00 pagi ketika pemilik kedai makan berdekatan jalan raya mula membuat persiapan untuk memasak.

Deretan kedai ini merupakan tempat kami guru-guru dan pekerja bersarapan dan berehat apabila mengadakan aktiviti bukan di hari persekolahan.

Kebakaran ini dapat dikawal oleh anggota bomba dari Pengkalan Kubor dari merebak ke bangunan pasar yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja. Lokasi pasar yang berhadapan dengan pintu pagar sekolah menambahkan lagi kesesakan lalu lintas pada pagi ini. Walau bagaimana pun kehadiran anggota polis telah dapat mengawal keadaan.


 

logo skg