Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Selasa, Januari 26, 2010

Pembantu Guru 2010

Darjah 1 juga perlukan ketua kelas. Apa sebenarnya tugas ketua kelas tidaklah diketahui dan difahami oleh pelajar darjah satu ini. Pelantikan sebagai ketua kelas diterima begitu sahaja setelah dipilih oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam mengenali dan memahami tugas akan dipelajari kemudian nanti.

Majlis penyerahan watikah pelantikan sebagai pembantu guru di SK Geting telah diadakan pada 24.01.10 yang lepas. Dalam majlis ini juga disampaikan watikah pelantikan kepada badan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber (PSS) dan pengawas skim pinjaman buku teks (SPBT).

Tuan Haji Mat Razi bin Mat Ail, Pegawai Khas (Hal Ehwal Murid) PPD Tumpat telah sudi hadir dan menyempurnakan majlis ini.


 

logo skg