Ahad, Januari 31, 2010

Surat Kebenaran Ibu Bapa

Aktiviti ko kurikulum di sekolah sememangnya mengundang risiko yang besar kepada guru-guru atau penganjur. Dalam menjalankan tanggung jawab sebagai guru, risiko ini terpaksa ditanggung dengan berat hati di samping berharap dan berdoa semoga segalanya bermula dan berakhir dengan selamat.

Kemalangan terbaru melibatkan pasukan perahu naga yang menimpa guru dan beberapa pelajar Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang pada 18 Jan 2010 masih segar di ingatan. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil urus dengan sebaik mungkin oleh para guru di sekolah. Tambah pula jika melakukan aktiviti di luar dari kawasan dan waktu persekolahan.


Contoh surat kebenaran ibu bapa

Guru-guru pengiring dan penganjur amat perlu menyedia dan mendapatkan kebenaran dari ibu bapa penjaga sebelum pelajar dibenarkan menyertai sebarang aktiviti disamping menyedia dan menguruskan hal keselamatan sebaik mungkin.

(Sk Geting akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa pada 10.02.2010 (Rabu). Para pelajar sedang giat mengikuti latihan yang telah dimulakan sejak minggu lepas)



 

logo skg