PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, Februari 27, 2010

Maulidur Rasul 1431 Hijrah



Junjungan Mulia - Al Mizan

( 1 )

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul'awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )


Khamis, Februari 18, 2010

Adab Ke Sekolah

Sebagai murid kita perlu beradab ketika ke sekolah dan belajar bagi menjadikan kita seorang murid yang berjaya memanfaatkan ilmu yang diperolehi serta berjaya di dunia dan akhirat.

  1. Bangun tidur awal
  2. Membersihkan diri daripada najis dan kekotoran
  3. Menunaikan solat fardu Subuh
  4. Memakai pakaian yang kemas dan bersih
  5. Bersarapan sebelun ke sekolah
  6. Membaca doa sebelum keluar rumah ( Ertinya: Dengan Nama Allah kepada Nya aku bertawakal (berserah diri)
  7. Bersalam dan mencium tangan ibu bapa
  8. Mengucap salam
  9. Memulakan dengan langkah kanan
  10. Berhati-hati dalam perjalanan ke sekolah
  11. Mengucap salam apabila bertemu dengan sesama Islam atau ucap selamat jika bertemu dengan orang yang bukan Islam

Sabda Rasulullah SAW mengenai kelebihan belajar yang bermaksud:

"Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan maka Allah SWT akan mendorongkan baginya jalan ke syurga. Andai kata andaberangkat untuk mempelajar suatu bab dari ilmu pengetahuan, adalah lebih utama daripada sembahyang seratus rakaat dan menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim."


Selasa, Februari 16, 2010

Salam Takziah

Warga SK Geting mengucapan salam takziah kepada Cikgu Zamri Sulaiman dan keluarga di atas kematian ayahanda tercinta pada pukul 6.00 petang semalam ( Isnin 15.02.2010 ). Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah Yang maha Esa. Semoga Cikgu Zamri dan keluarga tabah menghadapi ketentuan dariNya. Al Fatihah.


Ahad, Februari 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Saya sebagai admin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung blog skgeting - aktiviti yang berbangsa Cina di mana saja berada. Semuga kedatangan Tahun Baru Cina untuk kali ini menguatkan hubungan kita warga pendidik khususnya dan warga Malaysia amnya..

.

SK Geting tidak mengambil cuti tambahan berganti untuk perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Hari persekolahan akan bersambung semula pada17.02.10 (Rabu).


Khamis, Februari 11, 2010

Acara Merentas Desa

Meriah. Satu perkataan sahaja cukup untuk menggambarkan suasana pada acara merentas desa yang berlangsung semalam. Walau pun cuaca panas terik, acara berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan tanpa apa-apa kesulitan atau kemalangan.

Murid-murid yang mengambil bahagian datang sejak jam 2.30 petang walau pun acara bermula pada jam 3.30 petang. Teruja untuk mengambil bahagian barangkali. Guru-guru mengambil tempat bertugas masing-masing seperti di garisan permulaan, 'chek point', pengiring dan keselamatan dan hakim penamat mengikut jadual.

Sepanjang laluan acara merentas desa ini, semua peserta diiring dan dikawal selia oleh beberapa anggota polis dari Balai Polis Pengkalan Kubor dan guru-guru demi memastikan keselamatan diutamakan. Laluan merentasi Kampung Tujuh menarik perhatian penduduk terutama kanak-kanak.

Rumah Mat Kilau muncul sebagai Johan dan Rumah Tok Janggut muncul sebagai Naib Johan. Tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Bato' Bahaman dan diikuti oleh Rumah Maharaja Lela. Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan oleh PK HEM, PK Kokurikulum dan Tuan Guru Besar.


Selasa, Februari 09, 2010

Prasekolah Dapat Kelas Baru

Tahun ini Prasekolah SK Geting beroperasi di kelas baru. Kelas ini sebenarnya merupakan sebuah kelas biasa di bangunan lama yang terletak di hujung kawasan sekolah. Kerja-kerja pengubahsuaian yang bermula akhir tahun lepas siap mengikut jadual dan boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tahun 2010 ini. Kawasan baru ini dipilih utuk memberi lebih keselesaan kepada kanak-kanak yang belajar di kelas prasekolah.

Kelas baru pasekolah

Walau pun kawasan permainan dan alatan belum siap sepenuhnya, proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan mengikut jadual. Kedudukan kelas yang agak jauh dari laluan utama memberi keselesaan kepada kanak-kanak dan guru dimana telah dapat mengelakkan dari bunyi bising kenderaan dan kesibukan lalu lintas.


Sudut komputer

Kelas baru ini memberi lebih ruang kepada pelajar, PPM dan guru terutama pada ruangan pembelajaran, tandas dan dapur. Pergerakan di dalam kelas menjadi lebih mudah dan selamat berbanding dengan kelas asal yang agak sempit. Ketinggian siling yang sesuai juga mengurangkan suhu dalam bilik yang hanya mempunyai kipas ini. Pencahayaan juga nampaknya lebih baik.


Meja guru dan rak fail

Kelas ini masih mempunyai banyak ruang yang belum dan boleh di isi. Maklum sahaja, baru sebulan beroperasi. dan masih banyak barang di kelas lama yang belum dipindahkan. Menurut Cikgu Faezah dan Rohani (PPM), mereka akan menyiapkan kelas ini sedaya upaya dan secepat mungkin sekadar termampu.


Proses P&P

Semasa kunjungan saya ke kelas ini, Ustazah Sarimah sedang tekun mengajar. Kanak-kanak nampaknya lebih selesa mengikuti pelajaran. Memang lebih selesa.



Ahad, Februari 07, 2010

Fardhu Ain dan Kelas Tambahan UPSR

Mulai hari ini, kelas Fardhu Ain telah diadakan dengan di SK Geting melibatkan murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Jadual kelas telah ditetapkan di mana hari Ahad hingga Selasa, kelas bermula sebaik sahaja tamat sesi persekolahan biasa iaitu 1.15 tengahari hingga 3.30 petang. Manakala hari Rabu dan Khamis pula bermula dari jam 12.45 tengahari hingga 3.00 petang.

Sebanyak 20 kelas terlibat dengan kelas Fardhu Ain di SK Geting. Menurut Ustazah Jalilah Yaacob, kehadiran ke kelas Fardhu Ain amat penting kerana pelajar yang gagal hadir dengan memuaskan tidak akan dibenarkan menduduki Ujian KAFA pada Tahun 5 nanti.

Hari ini juga bermula kelas tambahan bagi pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR nanti. Cikgu Hanapiah memberitahu para pelajar dalam perhimpunan tadi bahawa kelas tambahan ini bermula pada jam 1.30 tengahari hingga 2.45 petang. Beberapa orang guru telah ditugaskan mengambil kelas ini secara bergilir-gilir.

Kelas malam juga akan bermula pada jam 8.30 hingga 10.00 malam.


 

logo skg