Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, Februari 11, 2010

Acara Merentas Desa

Meriah. Satu perkataan sahaja cukup untuk menggambarkan suasana pada acara merentas desa yang berlangsung semalam. Walau pun cuaca panas terik, acara berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan tanpa apa-apa kesulitan atau kemalangan.

Murid-murid yang mengambil bahagian datang sejak jam 2.30 petang walau pun acara bermula pada jam 3.30 petang. Teruja untuk mengambil bahagian barangkali. Guru-guru mengambil tempat bertugas masing-masing seperti di garisan permulaan, 'chek point', pengiring dan keselamatan dan hakim penamat mengikut jadual.

Sepanjang laluan acara merentas desa ini, semua peserta diiring dan dikawal selia oleh beberapa anggota polis dari Balai Polis Pengkalan Kubor dan guru-guru demi memastikan keselamatan diutamakan. Laluan merentasi Kampung Tujuh menarik perhatian penduduk terutama kanak-kanak.

Rumah Mat Kilau muncul sebagai Johan dan Rumah Tok Janggut muncul sebagai Naib Johan. Tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Bato' Bahaman dan diikuti oleh Rumah Maharaja Lela. Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan oleh PK HEM, PK Kokurikulum dan Tuan Guru Besar.


 

logo skg