Ia tidak perlu dibayar tetapi mendatangkan banyak faedah
Tiada insan yag lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan
Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi, juga tiada insan yang terlalu miskin hingga tidak mampu memberikannya lagi
Ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan
Ia adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya
Ia adalah ketenangan kepada pemberi, harapan kepada yang kecewa, cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan
Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain
Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya
Senyum seindah suria Yang membaya cahaya Senyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian Dalam kehidupan Kau tersenyum ku tersenyum Kemesraan menguntum
Senyum… kepada semua Senyumanmu amatlah berharga Senyum… membahagiakan Dengan senyuman terjalinlah Ikatan…
Oleh itu, jika anda ingin disukai oleh insan lain, sentiasalah SENYUM.
1 komen:
nice posts..
senyum2 la selalu hehehe...=D
Catat Ulasan