Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, Mac 14, 2010

Program Motivasi Pelajar - UiTM

Sehari bersama 65 orang penuntut dan 2 orang pensyarah dari UiTM, Shah Alam telah menceriakan pelajar-pelajar Tahun 6 SK Geting. Program Komuniti Bestari ini bermula pada jam 08.00 pagi dan tamat pada 06.00 petang. Seramai 195 orang pelajar yang akan menduduki UPSR pada September 2010 nanti terlibat menjayakan program ini.

Tuan Guru Besar dan penolong kanan-penolong kanan turut hadir mengalu-alukan rombongan dari Persatuan Pengurusan Taman Dan Emeniti, Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur, UiTM Shah Alam ini. Dalam ucapan beliau, Tuan Guru Besar antara lain meminta para pelajar sentiasa mendisiplinkan diri sepanjang masa dan menjadikan abang-abang dan kakak-kakak mereka dari UiTM sebagai contoh teladan pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program sehari ini ialah mentor-mente, latihan dalam kumpulan, membina nama kumpulan, teka-teki, puzzle, rehabilitation, bina menara, mewarna, menari dan menyanyi. Aktiviti mengecat musalla sekolah terpaksa dibatalkan kerana hujan. Di sebelah malam pula diadakan solat berjemaah dan bacaan surah Ya-Sin.

Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur, UiTM Shah Alam ini berjaya menjalankan program ini dengan sempurna. Mereka dapat meujudkan berbagai suasana sepanjang bersama pelajar. Bakat sebagai pengacara dan pemimpin dapat dilihat di antara mereka.

Tahniah dan terima kasih untuk semua.


2 komen :

dah lama x join program camni, kenangan waktu skola dulu :)

betul tu Matt, kenangan waktu sekolah dulu akan sentiasa bersama kita - tapi hidup mesti diteruskan - kami di skg sentiasa berbesar hati untuk menerima program seperti ini lagi di masa depan

 

logo skg