Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, Mac 01, 2010

SK Pengkalan Kubor 1 Juara

Kalah juga akhirnya. Setelah beberapa tahun muncul sebagai juara, akhirnya pada tahun ini pasukan bola jaring SK Geting (SKG) menerima kekalahan kepada pasukan jiran SK Pengkalan Kubor 1 (SKPK1) yang juga merupakan pencabar utama kami sejak beberapa tahun.

Pasukan bola jaring skpk1 bersama sebahagian guru dan penyokong

Kemenangan tipis 5 - 4 yang menenggelamkan ego SKG selama ini. Tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring SKPK1 yang muncul sebagai johan di Kejohanan Bola Jaring MSSK Zon Pengkalan Kubor 2010.

Cikgu Ghani sedang memberi arahan

Seluruh warga SKG nampaknya kecewa dengan kekalahan ini. Maklum sahaja, SKPK1 merupakan jiran kami dan kekalahan kepada jiran adalah suatu yang menyedihkan. Awas SKPK1. Tunggu sahaja kami akan merampas kembali takhta juara pada tahun hadapan.

Sebahagian dari penyokong


 

logo skg