PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, April 29, 2010

Syukur Kerana Susah

Setelah sebelas [11] hari terputus [sebenarnya diputuskan], kami akhirnya menerima semula sambungan internet ke seluruh kawasan sekolah bermula semalam. Lega rasanya bila dapat online di mana sahaja dalam kawasan sekolah.

Hubungan internet sekolah disedari terputus pada pagi 18.04.09 [Ahad] dipercayai telah dengan amat sengaja diputuskan [kes curi kabel] oleh pencuri di malam sebelumnya. Walau pun lokasi sekolah berhampiran dengan jalan utama dan kawasan perumahan awam, pencuri tersebut nampak amat berani melakukannya.

Gambar diambil dari tingkap makmal komputer sekolah

Ketiadaan hubungan internet amat menyukarkan kami [terutama beberapa orang guru] yang kebetulan perlu menyelesaikan beberapa tugasan secara online seperti Ujian Permata Pintar, SSQS, LINUS, NKRA dan lain-lain. Terima kasih kepada Celcom Broadband [kepunyaan guru] yang mengambil alih tugas Schoolnet di sekolah sepanjang sebelas hari ini.

Kami patut bersukur sebenarnya kerana dengan kejadian yang menyusahkan ini, Guru Besar telah mengambil langkah ke hadapan dengan mendaftar satu line broadband untuk kegunaan di masa-masa sukar yang berkemungkinan besar akan berlaku lagi di sekolah.


Isnin, April 26, 2010

Aktiviti Gotong Royong

Kami mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas dan kawasan sekolah pada hari Sabtu lepas. Aktiviti yang melibatkan semua murid ini diadakan pada sebelah pagi selepas waktu rehat. Sabtu merupakan hari persekolah ganti bagi cuti Hari Raya Puasa nanti.

Membersihkan kawasan Taman Sains


Kelas jQAF yang dulunya kelas prasekolah


Makan minum yang ditaja oleh pihak sekolah

Masyarakat patut meneruskan aktiviti seperti ini dalam komuniti masing-masing. Sesiapa yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti seperti ini sangatlah rugi sebenarnya. Hilang satu pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana kedai di seluruh dunia. Juga tidak dijual di Mydin, Seven Elleven atau Giant.

Kita boleh saja melakukan berbagai aktiviti setiap hari tetapi tidak akan dapat menjalankan aktiviti gotong-royong seorang diri. Betul tak? Hehehe...


Jumaat, April 23, 2010

UBB April

Makluman kepada semua guru agar dapat melengkapkan markah ujian menggunakan aplikasi Head Count JPN Kelantan yang disediakan di dalam komputer kelas masing-masing. Sistem markah lama yang menggunakan MSO Excel adalah dengan ini dibatalkan.

Sistem baru ini menggunakan MSO Access. Sila hubungi SU Peperiksaan untuk mendapatkan sebarang bantuan.


Isnin, April 19, 2010

Siapa Curi Kabel Kami

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?

Walau pun sudah seminggu kabel atas tiang tu putus, TM masih juga belum menyambungnya. Jangan-jangan kabel kat stor TM dah habis jadi perlu ambil masa sebulan untuk kami mendapatkan sambungan internet lagi. Kerja jadi cikgu ni bukan hanya mengajar sahaja. Macam-macam tugasan lain yang nak kena buat. Tambah pula guru data dan guru penyelaras ICT. Kalau tak ada sambungan internet, bagaimana kerja boleh dibuat dan disiapkan?

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?

Beberapa minggu kebelakangan ni pula sibuk dengan SSQS, Permata Pintar, NKRA serta Linus. Busy serta sibuk ni. Email pun dah tak boleh dibuka atau dihantar lagi.

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?



Ada juga kami beri cadangan kepada Guru Besar untuk dapatkan satu broadband bagi kegunaan di masa kecemasan seperti ini. Tidaklah nanti guru-guru perlu menggunakan broadband dan streamyx sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah. Takut nanti terbalik pula menjadi "Rumahku Pejabat Sekolahku". Ganjilnya bunyi.

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?


Ahad, April 18, 2010

Koleksi Kejayaan Bertambah

Adik Nurshahirah menambah koleksi kejuaraan di Taekwando Terbuka Kepong yang berlangsung pada minggu lepas. Ahli Kelab Taekwndo Tumpat ini sering muncul juara dalam setiap kejohanan yang disertai dan kini sekali lagi beliau membuktikan gelaran 'kereta kebal' yang diberikan oleh kawan-kawan adalah bertepatan dengan sikap beliau dalam setiap pertandingan.

Pasukan ragbi sekolah yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini telah berjaya muncul naib juara Kejohanan Ragbi PPD Tumpat pada minggu lepas. Satu kejayaan yang amat manis kerana berada di tempat kedua dalam penyertaan kali pertama sukan ragbi. Sebelum ini SKG belum pernah menyertainya kerana ketiadaan jurulatih. Tahniah kepada Cikgu Nik Hashim dan pasukan ragbi sekolah.


Ahad, April 11, 2010

Juara Lima Tahun Berturut-turut

Pasukan bola baling sekolah-sekolah Zon Pengkalan Kubor sekali lagi gagal menyekat kehebatan pasukan dari SK Geting dari muncul juara. Kejohanan kali ini yang telah berlangsung di SK Bunohan pada hari Isnin dan Selasa (05 dan 06.04.2010) telah membuktikan kehebatan SK Geting.

Pasukan bola baling lelaki dan perempuan bergambar kenangan bersama jurulatih, PK KO dan Guru Besar

Lebih manis lagi apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan muncul sebagai juara Zon Pengkalan Kubor seperti juga tahun 2009 yang lalu. Kejayaan ini juga bermakna pasukan bola baling perempuan SK Geting telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama lima tahun berturut-turut manakala pasukan lelaki menjurainya bagi kali yeng kedua.

Tahniah Cikgu Ghani dan Cikgu Zabariah kerana dapat mendidik dan melatih murid-murid dengan cemerlang. Semoga dapat anugerah tahun ini.

Pasukan lelaki:
Hasif Amirul - Zulfakar - Alif Zikri - Shamsuri - Shahrul Azhar - Fahmi - Shamsuhairi - Aidil - Nasharudden - Ibrahim - Haziq - Shafiq

Pasukan perempuan:
Alwani Najihah - Amira - Hazmira - Ainatun Najwa - Bazilah - Ainun Fatin - Elieya Syamimi - Zureen Adeeba - Nur Aisyah -
Siti Aisyah - Rabiatul Adawiyah - Ain Natasha



Selasa, April 06, 2010

Blog Acessories - Pageear

Pageear memang cantik seperti yang anda lihat di penjuru atas kanan blog ini. Image fail swf ini akan terbuka dan bertukar bila kita membawa tetikus kepadanya. Apabila tetikus dijauhkan, ia menguncup sendiri menjadi kecil dan bertukar kepada image asal. Cantikkan?

Memasang pageear peel tidak dapat dibuat secara terus di blogspot. Kita perlu menumpangkan beberapa fail berkaitan pada sebarang domain percuma yang menerima fail java script atau lebih baik lagi sekiranya mempunyai domain sendiri. Saya sendiri menumpang domain percuma google sites.

Sekiranya anda berminat untuk memasangnya di blog anda, beberapa fail berkaitan boleh dimuat turun dari Pageear - free peel away ad dan perlu pula membuat sedikit ubah suai berkaitan dengan fail gambar.jpg dan java script yang dibekalkan. Semua fail berkaitan perlu di'upload'kan ke domain percuma atau berbayar yang anda pilih.

Saya tidak menggalakkan pemasangan PagePeel ini sekiranya blog anda telah sedia berat untuk loading. Cuba periksa berat blog anda di Website Speed Test sebelum menambahkan lagi sebarang perhiasan. Beberapa pendapat mengatakan 100kb sudah memadai. Blog sekolah saya ni 168.58 KB, dah terlebih juga kan? Hehehe...

Selamat mencuba.

Harap baca maklumat tambahan di bawah.
-KLIK TAMBAHAN-


Sabtu, April 03, 2010

Kenapa Menangis Farah?



Cikgu Teh masuk kelas selepas rehat untuk matapelajaran Matematik.

Cikgu

:Kenapa nangis ni Farah?

Farah

:

Isk... isk...

Cikgu

:

Bagi tau cikgu, kenapa nangis?

Farah

:

Dia tengok saya!

Cikgu

:

Siapa?

Farah

:

Dia.

Cikgu

:

Dia tengok apa?

Farah

:

Dia tengok saya.

Cikgu

:

Mmm. Kenapa tak boleh dia tengok awak?

Farah:

Tak boleh. Tak suka!

Cikgu

:

Mmm. Mana tau dia tengok awak?

Farah

:

Saya tengok. Dia tengok saya!

Cikgu

:

Maknanya awak pun tengok dia juga! Sama laa..


Farah berhenti menangis... tidak suka dengan jawapan cikgu.

Seronoknya jadi cikgu...


 

logo skg