Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, April 11, 2010

Juara Lima Tahun Berturut-turut

Pasukan bola baling sekolah-sekolah Zon Pengkalan Kubor sekali lagi gagal menyekat kehebatan pasukan dari SK Geting dari muncul juara. Kejohanan kali ini yang telah berlangsung di SK Bunohan pada hari Isnin dan Selasa (05 dan 06.04.2010) telah membuktikan kehebatan SK Geting.

Pasukan bola baling lelaki dan perempuan bergambar kenangan bersama jurulatih, PK KO dan Guru Besar

Lebih manis lagi apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan muncul sebagai juara Zon Pengkalan Kubor seperti juga tahun 2009 yang lalu. Kejayaan ini juga bermakna pasukan bola baling perempuan SK Geting telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama lima tahun berturut-turut manakala pasukan lelaki menjurainya bagi kali yeng kedua.

Tahniah Cikgu Ghani dan Cikgu Zabariah kerana dapat mendidik dan melatih murid-murid dengan cemerlang. Semoga dapat anugerah tahun ini.

Pasukan lelaki:
Hasif Amirul - Zulfakar - Alif Zikri - Shamsuri - Shahrul Azhar - Fahmi - Shamsuhairi - Aidil - Nasharudden - Ibrahim - Haziq - Shafiq

Pasukan perempuan:
Alwani Najihah - Amira - Hazmira - Ainatun Najwa - Bazilah - Ainun Fatin - Elieya Syamimi - Zureen Adeeba - Nur Aisyah -
Siti Aisyah - Rabiatul Adawiyah - Ain Natasha



4 komen :

salam,

jom berentap,
pasukan kami pun johan tau....

http://sk-sungaigalah.blogspot.com

Tahniah kepada pelajar2 dan jurulatihnya.

setuju lawan dg sk sungai galah - lagi pun saya hanya tukang catat je, bukan jurultih.

...hehehe

Wah.. teringat saya masa zaman sekolah.. dapat medal untuk bola tampat & bola jaring masa tahun pertama join pasukan sekolah rendah dulu. seronok teramat! alhamdulillah rezeki saya murah dapat masuk SSBJ & belajar kat sana dr Form 1 sampai habis Pra-University.

macamana pun, tahniah buat pasukan bola baling SK Geting. semoga sukses selalu :)

 

logo skg