Khamis, April 01, 2010

Kenapa Buat Target Blank?

Suatu dialog dalam kelas komputer bersama pelajar sewaktu menyambung perbincangan mengenai blog masing-masing.

Cikgu

:

Jadi, blog kamu masing-masing sudah siap?

Murid

:

Ya cikgu, beres semuanya.

Cikgu

:

Ada kamu buat pautan ke blog sekolah?

Hafiz

:

Sudah cikgu. Kami tambah pautan ke laman-laman lain lagi. Canggih!

Ain

:

Buat pautan sesama sendiri juga cikgu.

Cikgu

:

Wah, dah terlebih bijak pula kamu ni ya!

Hafiz

:

Pelajar harapan negara ni cikgu. Mestilah sentiasa advance.

Cikgu

:

Ni yang cikgu sayang pada kamu semua ni. Rajin mencuba sendiri.

Hanif

:

Try and error cikgu!

Hafiz

:

Apa? Apa benda tu?

Cikgu

:

Mencuba sendiri. Walau pun gagal, cuba lagi, lagi hingga berjaya. Cikgu pun selalu try and error juga.

Hafiz

:

Oooo.

Cikgu

:

Kamu semua dah cuba klik pada pautan yang telah kamu buat?

Ain

:

Belum cikgu.

Cikgu

:

Cuba klik. Tengok apa jadi.

Hafiz

:

Blog saya hilang cikgu!

Dorma

:

Pautan tu dah betul cikgu, tapi blog saya pula dah tak tau pergi ke mana.

Cikgu

:

Ooo. Kamu perlu buat 'target blank'. Bukankah cikgu dah bagitau minggu lepas?

Dorma

:

He he he lupa la cikgu.

Hanif

:

Nak tulis bagaimana cikgu? Minggu lepas saya tak hadir. Tak tau ni.

Cikgu

:

Ok. Begini caranya. Letak perkataan target blank ni selepas url pautan yang awak buat. Contohnya macam ni : http://secawan-teh-o.blogspot.com/" target="_blank".

Hanif

:

Kejap cikgu. Nak buat ni.

Cikgu

:

Kita buat target blank untuk pautan keluar atau external link kata orang putih. Dengan cara ini pautan berkenaan akan dipaparkan pada tab baru bersebelah dengan tab blog kita. Jadi blog kita tak hilang.

Dorma

:

Wah. Baru canggih. Macam ni baru betul.

Hanif

:

Betul. Betul. Betul

Semua

:

Hahaha...


Seronoknya belajar...


2 komen:

wahhhhhhhh...pelajar sekolah ade gak belajar benda2 nie....
aku masuk U baru taw ape itu blog...
sungguh advance lah skg nie...
cissssss

nnti blog pun nak diajar daalam kelas ICTL.... kami kena ngajar cikgunya dulu..huhuh

 

logo skg