Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Isnin, April 19, 2010

Siapa Curi Kabel Kami

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?

Walau pun sudah seminggu kabel atas tiang tu putus, TM masih juga belum menyambungnya. Jangan-jangan kabel kat stor TM dah habis jadi perlu ambil masa sebulan untuk kami mendapatkan sambungan internet lagi. Kerja jadi cikgu ni bukan hanya mengajar sahaja. Macam-macam tugasan lain yang nak kena buat. Tambah pula guru data dan guru penyelaras ICT. Kalau tak ada sambungan internet, bagaimana kerja boleh dibuat dan disiapkan?

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?

Beberapa minggu kebelakangan ni pula sibuk dengan SSQS, Permata Pintar, NKRA serta Linus. Busy serta sibuk ni. Email pun dah tak boleh dibuka atau dihantar lagi.

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?



Ada juga kami beri cadangan kepada Guru Besar untuk dapatkan satu broadband bagi kegunaan di masa kecemasan seperti ini. Tidaklah nanti guru-guru perlu menggunakan broadband dan streamyx sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah. Takut nanti terbalik pula menjadi "Rumahku Pejabat Sekolahku". Ganjilnya bunyi.

Siapa tahu orang yang mencuri kabel internet sekolah kami?


5 komen :

urm samalah, saya pun guna Broadband sendiri jer nak selesaikan segala tugas GDM.. Nak harapkan schoolnet, Makmal KOmputer je ..

elok la tu...sya pun slalu bwa yg sendiri...bos skkk1 pun slalu bwa...

Time gini yang nak sangat ke Backup Connection. Kena convince gurubesar untuk allocate budget - biarlah jimat kat benda-benda lain. Zaman ni sambungan Internet telah jadi compulsory, khususnya bagi organisasi dan perniagaan.

Malah, bagi individu pun, sudah semakin menjadi "basic infrastructure"... bukan "luxury" atau "suka-suka" lagi. Saya sendiri, walau duduk di luarbandar (Kangkong, Pasir Mas), mengharapkan connection 24 jam sehari untuk buat kerja.

Dalam hal ni, kalau ada Celcom/Maxis Mobile `Broadband' (kerap menipu..kurang dari 300Kbps tak diiktiraf) adalah lebih baik dari yang guna fixed line. Bila cable kena curi, tak tahu lama mana baru TM akan gantikan. Jadi, walau pun mobile ni biasanya s-l-o-w, asalkan ada pun sudah okay.

salam,

nak apply streamyx kat TM point Teluk Intan...dia kata x leh bagi sebab masalah kawasan...

ape??? tinggal kat kampong oang miskin ni xleh bagiker streamyx...boleh bayo woi!!!
{kg tersusun teluk memali, tlk intan}

dahlia...
rupanya GDM macam saya juga - hehehe

wannram...
musim sibuk kelam kabut ni tak sempat on GTalk

cendana287...
setuju sangat perlu ada backup connection - cuma kita cikgu saja2 pandai buat backup - kerja lebih masa free pula - hal celcom dan maxis tipu ni terpaksa terima dalam senyum...

ahmad...
telekom susah nak bagi line sebab dah ramai yang bekerja sebagai pencuri sepenuh masa sekarang - kira jawatan tetap dan berpencen juga la ni - hehehe

 

logo skg