PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Selasa, Disember 27, 2011

Pendaftaran Pelajar Sesi 2012

Pentadbiran sekolah telah menetapkan tarikh Pendaftaran Pelajar Tahun Satu bagi sesi persekolahan tahun depan ialah pada 28.12.2011 - hari Rabu. Ibu bapa penjaga adalah diminta datang ke sekolah dengan membawa Sijil Lahir (surat beranak) untuk tujuan berkenaan.

Guru-guru kelas yang terlibat ialah:
1 Jaya - Pn. Siti Aishah Hamat
1 Maju - En. Zahari Yusoff
1 Tekun - Pn. Noor Rizam Derahman
1 Gigih - Pn. Rohana Abdullah (B)
1 Usaha - Pn. Zabariah Mahmood

Taklimat kepada ibu bapa penjaga mengenai pendaftaran pelajar akan diadakan di Dewan Haji Ahmad pada jam 9.00 pagi. Harap maklum.

Jumaat, Disember 23, 2011

Pencapaian UPSR 2011



Pencapaian Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2011

Kecemerlangan

Bil5A4A3A2A1A
1912122232425


Pencapaian AM

LS%GS%
13973.29000.00


Pencapaian Mata Pelajaran


ABCJ%DEJ%GPMP
BM1104323817491.111061708.90.00
BM285492816285.314142814.70.00
BI28765415882.724093317.30.00
MAT58475716284.817122915.20.00
SNS74902018496.305020703.70.00

Gred Purata Sekolah (GPS) : 2.12

"Selalu Kita Gemilang"

Muat turun Borang Permohonan Semak Semula / Kes T

Isnin, Oktober 10, 2011

Selamat Menunaikan Haji

Tahun ini dua orang warga guru SK Geting telah selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji. Mereka ialah Penolong Kanan Pentadbiran En. Abdullah bin Salleh dan En. Mat Ghani bin Yusuff.


Semoga mereka berdua sentiasa sihat sejahtera dan dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna.

Selasa, September 06, 2011

Selamat Hari Raya

Hari Raya dah pun berlalu. Lambat pula admin ucapkan Selamat Hari Raya. Hehe. Admin merangkap Guru Data serta SU Peperiksaan memang agak sibuk menjelang hari raya.


Kami baharu sahaja selesai dengan SAPS yang dimulakan sebelum raya lagi. Internet yang serba lembab dan server SAPS yang lambat memberi tindak balas antara faktor yang melambatkan kerja kami. Sebahagian guru yang mempunyai kemudahan internet di rumah memang dapat menyiapkan pengisian markah lebih awal.

Minggu depan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan bermula [13.09.2011 - 15.09.2011]. Semoga anak-anak didik kita akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Insya-Allah.


Kami di SK Geting aan mengadakan Majlis Solat Hajat pada 08.09.2011 [hari Khamis malam Jumaat] nanti. Semua ibu bapa penjaga murid-murid Tahun 6 adalah dijemput hadir. Kalau sempat, bawakan juga makanan dan minuman kerana pihak sekolah tidak dapat menyediakannya.

Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung dan pembaca. Maaf dipinta kalau ada tersalah terkasar bahasa.

Khamis, Ogos 04, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Selasa, Julai 05, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Gambar-gambar Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diadakan pada 02.07.2011 [Sabtu] di sekolah kami.















Ahad, April 24, 2011

Baiki Padang

Padang sekolah yang selama ini rosak dan berbatu telah dibaiki beberapa hari lepas. Selepas musim hujan yang lalu keadaan padang kami menjadi bertambah teruk dan menyukarkan murid-murid mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani serta menjalankan latihan sukan.


Harap-harap selepas ini, pasukan bola sepak, bola jaring, bola baling dan olahraga sekolah akan bertambah cemerlang lagi.

Ahad, April 17, 2011

Projek Baru Di SK Geting

Salah satu projek yang baharu sahaja disiapkan di sekolah ialah penurapan jalan bagi mengatasi masalah air bertakung apabila hujan lebat. Kawasan yang terlibat ialah jalan masuk berdekatan kantin dan kawasan bangsal letak kereta guru.

Setiap kali hujan lebat, kawasan-kawasan ini ditakungi oleh air yang menyebabkan pelajar dan guru terpaksa mengharunginya untuk ke kantin dan kelas. Keadaan ini juga mencacatkan pandangan dan keceriaan sekolah.




Terima kasih kepada Guru Besar yang memudahkan kami guru-guru dan pelajar.

Isnin, April 11, 2011

Cabutan Nombor Bertuah

Cabutan nombor bertuah ini diadakan sempena Pesta Ko Kurikulum yang diadakan pada 06 April yang lalu. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Abdullah bin Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran.





Terima Kasih kepada semua.

  

Rabu, April 06, 2011

Pesta Ko Kurikulum

Aktiviti ini dijayakan dan diuruskan oleh Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan sekolah dengan kerjasama seluruh warga SK Geting.

Persembahan dari Puteri Tunas

Persembahan dari Pengakap

Guru sedang menyediakan barang jualan

Pelajar yang bertugas sebagai jurujual

Gerai makanan Pengakap

Gerai minuman Persatuan Bulan Sabit Merah

Pelajar sedang menikmati makanan dan minuman

Rantai kunci juga turut dijual

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan serta pemajak kantin.

Isnin, Mac 21, 2011

Notis Mesyuarat Agung

Hari ini Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengedarkan surat jemputan kepada semua ibu bapa penjaga untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Mesuarat akan diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) bertempat di Dewan SKG.

Gambar hiasan: Mesyuarat Agung PIBG Ke-35

Pihak AJK PIBG juga mengharapkan sedikit sumbangan ikhlas daripada semua ibu bapa penjaga untuk mengisi tabung persatuan. Kebiasaannya sumbangan yang diperolehi tidaklah mengecewakan.

Pada malam mesyuarat nanti, makan malam akan disediakan untuk semua tetamu dan jemputan serta guru-guru yang hadir. Ibu bapa penjaga juga diharapkan membawa keratan surat notis mesyuarat semasa mendaftar kerana keratan ini akan digunakan sebagai tiket cabutan bertuah yang akan diadakan nanti.

Selamat bermesyuarat.

Khamis, Mac 10, 2011

Sudut Nilam

Sudut Nilam diwujudkan oleh pentadbiran sekolah dan diletakkan di bawah jagaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Sudut ini diadakan dengan tujuan menyediakan tempat yang sesuai kepada pelajar memenuhi masa luang dengan membaca bahan-bahan yang disediakan.


Sudut Nilam yang terletak berdekatan tangga laluan ke pejabat. Kelas Tahun 6 dan gelanggang badminton/sepak takraw juga berdekatan dengan sudut ini.


Sudut Nilam diurus dan diselenggarakan oleh Cikgu Norazeani Ismail dan Cikgu Norazilawati Mustapa dengan dibantu oleh beberapa orang pengawas PSS.

Rabu, Februari 16, 2011

Pembantu Guru SK Geting 2011

Majlis penyampaian watikah perlantikan kepada pembantu guru SK Geting untuk tahun  ini telah diadakan pada 20.01.2011 (Ahad) yang lalu. Perhimpunan pagi minggu ini berbeza daripada biasa kerana majlis perhimpunan kali ini bukan lagi diuruskan oleh guru bertugas mingguan.

Watikah perlantikan disampaikan kepada Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Pen. PPD Pengurusan Kualiti, En. Muhamad Rosli bin Mustafha.

Ahad, Januari 16, 2011

Guru Bertugas Mingguan 2011

Update 16.01.2011


M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PANDUAN TAKZIRAH
PEN
1
02 - 06 Jan
Abdullah Sulong
Rahmatunnisa Mirajdin
Azam Tahun Baru
PKT
2
09 - 13 Jan
Razali Yusoff
Sameena V Ab Kadir
Alam Persekolahan
PKHEM
3
16 - 20 Jan
Ab Rahman Mamat
Faizah Mohd Noor
Mengapa Anda Ke Sekolah
PKKO
4
23 - 27 Jan
Ahmad Yunus
Jalilah Yaacob
Adab Belajar
PKT
5
30 Jan 3 Feb
Ahmad Zainal Abidin
Zabariah Saman
Adab Terhadap Guru
PKHEM
6
6 - 10 Feb
Azahari Awang Lah
Marhana Osman
Adab Di Kantin
PKKO
7
13 - 17 Feb
Che Abd Rauf Che Teh
Mazura Mohamad
Adab Dalam MajlisPKT
8
20 - 24 Feb
Che Azhar Che Ahmad
Naterah Harun
Adab Semasa Makan
PKHEM
9
27 Feb - 3 Mac
Haris Sulaiman
Noor Nazawiyah Ali
Saya Suka Membaca
PKKO
10
6 - 10 Mac
Ibrahim Mat Daud
Noor Rizam Derahman
Budaya Menjaga Kebersihan
PKT

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 11 MAC - 19 MAC 2010 ( 9 HARI )

M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PANDUAN TAKZIRAH
PEN
12
20 - 24 Mac
Nik Hashim Nik Yusoff
Norazeani Ismail
Menjaga Kebersihan Diri
PKT
13
27 - 31 Mac
Mat Gheni @ Ghani Yusoff
Rospatihas Othman
Masa Itu Emas
PKHEM
14
3 - 7 Apr
Md Zaki Md Noor
Pazimah Ismail
Sayangi Diri Anda
PKKO
15
10 - 14 Apr
Mohd Maznihan Yusof
Rohana Abdullah - A
Menjaga Maruah Keluarga
PKT
16
17 - 21 Apr
Mohd Fauzai Wan Omar
Salmiah Mohd Sharif
Sekolahku Syurgaku
PKHEM
17
24 - 28 Apr
Mohd Zamri Sulaiman
Sunita Chik
Penyucian Jiwa
PKKO
18
1 - 5 Mei
Tuan Adnan Tuan Abdullah
Suriani Musa
Rahmat Di Akhir Zaman
PKT
19
8 - 12 Mei
Zainuddin Mahmood
Wan Faridah Wan Sulaiman
Sayang Pada Guru
PKHEM
20
15 - 19 Mei
Zamri Wahab
Wan Zalmiah Wan Zakaria
Kasih Kepada Ibu Bapa
PKKO
21
22 - 26 Mei
Zulkifli Jaafar
Mahani Mohamad
Yakin Boleh
PKT

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 27 MEI - 11 JUN 2010 ( 16 HARI )

M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PANDUAN TAKZIRAH
PEN
24
12 - 16 Jun
Zahari Yusoff
Siti Nor Asias Zakaria
Adab Belajar
PKHEM
25
19 - 23 Jun
Abdullah Sulong
Rogayah Kasim
Budaya Senyum / Salam
PKT
26
26 - 30 Jun
Razali Yusoff
Rahmatunnisa Mirajdin
Solat Tiang Agama
PKHEM
27
3 - 7 Jul
Abd Rahman Mamat
Faizah Mohd Nor
Israk % Mikraj
PKKO
28
10 - 14 Jul
Ahmad Yunus
Jalilah Yaacob
Bijak Memilih Sahabat
PKT
29
17 - 21 Jul
Ahmad Zainalabidin
Mazura Mohamad
Adab Di Tempat Ibadat
PKHEM
30
24 - 28 Jul
Azhari Awang Lah
Naterah Haron
Anak Soleh
PKKO
31
31 Jul - 4 Ogo
Che Abd Rauf Che Teh
Noor Nazawiyah Ali
Anak Derhaka
PKT
32
7 - 11 Ogo
Che Azhar Bin Ahmad
Noor Rizam Derahman
Budaya Lepak
PKHEM
33
14 - 18 Ogo
Haris Sulaiman
Norazeani Ismail
Penghayatan Ramadan
PKKO
34
21 - 25 Ogo
Ibrahim Mat Daud
Pazimah Ismail
Keutamaan Membaca Al Quran
PKT

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 26 OGO - 3 SEP 2010 ( 9 HARI )

M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PANDUAN TAKZIRAH
PEN
36
4 - 8 Sep
Nik Hashim Nik Yusoff
Salmiah Mohd Sharif
Lailatul Qadar
PKHEM
37
11 - 15 Sep
Mat Gheni @ Ghani Yusoff
Sunita Chik
Anak Derhaka
PKT
38
18 - 22 Sep
Md Zaki Md Noor
Suriani Musa
Persediaan Sebelum Peperiksaan
PKHEM
39
25 - 29 Sep
Mohd Maznihan Yusof
Wan Faridah Wan Sulaiman
Bermohon Kepada Allah
PKKO
40
2 - 6 Okt
Mohd Fauzai Wan Omar
Wan Zalmiah Wan Zakaria
Kenakalan Remaja
PKT
41
9 - 13 Okt
Mohd Zamri Sulaiman
Zabariah Saman
Hari Malaysia
PKHEM
42
16 - 20 Okt
Tuan Adnan Tuan Abdullah
Mahani Mohamad
Solat Tiang Agama
PKKO
43
23 - 27 Okt
Zainuddin Mahmood
Siti Nor Asias Zakaria
Merosakkan Harta Benda Sekolah
PKT
44
30 Okt - 3 Nov
Zamri Wahab
Rospatihas Othman
Muafakat Membawa Berkat
PKHEM
45
6 - 10 Nov
Zulkifli Jaafar
Rogayah Kasim
Kelebihan Korban
PKKO
46
13 - 17 Nov
Sameenah V Abdul Kadir
Zahari Yusoff
Masa Itu Emas
PKT

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN DARI 18 NOV - 31 DIS 2011 ( 44 HARI )
Catatan: tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskinikan semula kemudian

Selasa, Januari 11, 2011

SK Geting - Pusat Pemindahan Banjir

Minggu pertama sesi persekolahan 2011 meriah dengan banjir di SK Geting. Hujan lebat yang turun beberapa hari telah menyebabkan air bertakung dan beberapa buah kelas kami ditenggelami air hujan yang melimpah. Pelajar-pelajar terpaksa dipindahkan ke bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah. Sebahagiannya di tempatkan di Dewan Haji Ahmad di bangunan lama.

Masalah seperti ini sebenarnya berlaku setiap tahun di musim tengkujuh. SK Geting bernasib baik kerana tanah di sini merupakan tanah pasir yang dapat menyerap air dengan cepat. Air yang bertakung tidak mengambil masa yang lama untuk sejat ke dalam tanah.


Bermula semalam, Sk Geting mula menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir. Seramai 300 orang lebih mangsa banjir dari beberapa kampung seperti Simpangan, Mentua dan sekitarnya yang terdiri dari orang dewasa dan kanak-kanak terpaksa berpindah.

 

logo skg