Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Selasa, Januari 11, 2011

SK Geting - Pusat Pemindahan Banjir

Minggu pertama sesi persekolahan 2011 meriah dengan banjir di SK Geting. Hujan lebat yang turun beberapa hari telah menyebabkan air bertakung dan beberapa buah kelas kami ditenggelami air hujan yang melimpah. Pelajar-pelajar terpaksa dipindahkan ke bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah. Sebahagiannya di tempatkan di Dewan Haji Ahmad di bangunan lama.

Masalah seperti ini sebenarnya berlaku setiap tahun di musim tengkujuh. SK Geting bernasib baik kerana tanah di sini merupakan tanah pasir yang dapat menyerap air dengan cepat. Air yang bertakung tidak mengambil masa yang lama untuk sejat ke dalam tanah.


Bermula semalam, Sk Geting mula menjadi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir. Seramai 300 orang lebih mangsa banjir dari beberapa kampung seperti Simpangan, Mentua dan sekitarnya yang terdiri dari orang dewasa dan kanak-kanak terpaksa berpindah.

 

logo skg